Saturday, July 27, 2013

Naib Presiden UMNO- Apa kah Salleh turut Bertanding?

SEMUA Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO setiap negeri telah diumumkan semalam. 

Namun ada yang melihat perlantikan tersebut hanya bersifat sementara dan hanya sekadar bertahan sehingga Pemilihan Agung UMNO akhir tahun ini dan akan bertukar selepas itu.

Adalah menjadi kebiasaan, selepas pemilihan parti, jawatan-jawatan Pengerusi di setiap Negeri di mana Umno telah bertapak akan bertukar selepas itu.

Pada pemilihan tahun ini, dijangka menarik terutama bagi jawatan merebut tiga jawatan Naib Presiden. 

Ketiga-tiga pemegang jawatan berkenaan adalah Zahid Hamidi, Hishamuddin Hussein Onn dan Shafie Apdal masing-masing telahpun mengsahkan akan bertanding mempertahankan jawatan yang mereka menang pada pemilihan tahun 2008.

Angin yang bertiup sekarang, turut membawa khabar, ramai bakal menamakan diri mereka untuk jawatan berkenaan, sekaligus menjadikan pertandingan jawatan Naib Presiden UMNO cukup meriah tahun ini.

Paling menarik ialah kedudukan Shafie Apdal yang dilihat dan dianggap sebagai 'kuota' Sabah. Kedudukannya sekarang ini pada jawatan Naib Presiden, agak goyah memandangkan beberapa masalah membabitkan UMNO Sabah, gagal ditanganinya secara berkesan. Menjelang PRU-13 lalu, beberapa pemimpin Umno antaranya seorang AMT telah keluar daripada parti bagi menyertai parti pembangkang.

Walaupun Sabah pada PRU-13 lalu masih memberikan kerusi terbanyak kerusi Parlimen kepada Umno dan BN, sumbangan kerusi itu lebih banyak dikaitkan dengan gandingan Musa-Salleh berbanding peranaan Safie Apdal.  Untuk itu, banyak pihak di Sabah yang mahukan salah seorang daripada kedua-duanya, menggantikan Shafie Apdal selaku Naib Presiden UMNO,  untuk meletakkan Sabah sebagai negeri penting dalam UMNO Malaysia sesuai dengan kedudukannya yang mempunyai ahli teramai parti melayu itu.

Berbanding Musa yang mempunyai tugas sebagai Ketua Menteri dan memerlukan masa yang banyak mengurus negeri, orang nombor dua beliau Salleh Said dilihat mampu membawa aspirasi UMNO Sabah kerana selain mempunyai pengaruh  juga sebagai mantan Ketua Menteri Sabah sendiri.

Salleh dikatakan mempunyai kemampuan mengayom  Ketua-Ketua Bahagian UMNO di Sabah berbanding Safie. Dengan keadaan itu, jika  Salleh terpilih menduduki jawatan Naib Presiden, maka bersama Musa, mereka  mampu  mewujudkan ketenteraman dan kestabilan politik di negeri itu sesuai dengan kedudukan Umno sebagai tulang belakang kerajaan negeri.

Menjelang pemilihan Umno pada 5 Oktober, sudah ada ura-ura bahawa sebahagian besar UMNO Sabah meminta Salleh agar bertanding Naib Presiden setidak-tidaknya untuk menggantikan Shafie Apdal yang kurang menyerlah selaku Naib Presiden UMNO. 

Kredibiliti Salleh Said sememangnya tidak perlu dipertikaikan. Biarpun selama ini, banyak pihak yang cuba melaga-lagakan antara Salleh dan Musa Aman, sehingga kini, Salleh tidak pernah melatah dan tidak pernah mengugat kedudukan ketuanya itu.

Sejak perlantikan beliau (Salleh) pada jawatan Timbalan Pengerusi Umno Sabah tahun 2008,Salleh sehingga kini dilihat lebih selesa bekerja di bawah Musa Aman.

Berbanding Shafie Apdal, biarpun dia berjaya menjalankan tugasnya selaku Menteri Persekutuan secara cemerlang, tetapi pengaruhnya di Sabah agak kecil. Shafie tidak diragui lagi, mempunyai kekuatan yang sangat besar di Semporna, tetapi di seluruh Sabah, nama Shafie agak ketinggalan.

Timbul pertanyaan, apakah Salleh Said akan bersetuju untuk menggalas cabaran selaku Naib Presiden UMNO? sama-sama kita tunggu pencalonan pada 7 September ini.

No comments:

Post a Comment