Wednesday, July 03, 2013

Janji Anwar


HANYA bukan penyokong Anwar yang masih ingat janji Pemimpin Pakatan Rakyat itu. Sementara penyokongnya, bukan sahaja tidak ingat, malah janji itu diputar belit, kononnya propaganda Umno/BN.

Selepas sahaja PRU-13, di mana Pakatan Rakyat gagal merampas Putrajaya, ada bertanya, mengapa Anwar tidak tunai janji?

Janji Anwar bukan sahaja mahu bersara, tetapi Perjanjian Tertulis antaranya dengan Najib dengan perantara mantan Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, juga dimungkiri.

Anwar cuba menghasut rakyat dengan turun ke jalan, agar bangkit menentang keputusan PRU-13, namun hasutan itu tidak mendapat sokongan.

Anwar turun 11 kali ke jalan bermula 8 mei di stadium Kelana jaya, keumdian pada 22 jun lalu di Padang Merbok, namun yang hadir hanya pencacai-pencacainya. Atas sebeb itu, Anwar terpaksa menghentikan aksinya, dan akur ke Parlimen pada 24 Jun untuk mengangkat sumpah.

Putar belit Anwar berkaitan Pilihanraya yang mendakwa SPR menipu, hanya berlegar-legar di segelintir penyokongnya yang tidak mampu berfikir; akan tetapi mereka yang berjaya mempergunakan Anwar untuk berkuasa seperti Lim Guan Eng, terus berpesta dengan kuasa dan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dengan cepat sekali.

Bermula daripada sekarang, rakyat kena mengambil iktibar bahawa janji-janji Anwar adalah janji-janji yang tidak boleh digunapakai.

No comments:

Post a Comment