|
Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh dalam satu kejadian kira-kira pukul 7.15 petang tadi di sini, Khamis. Runtuhan yang berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung itu dikhuatiri menghempap beberapa kenderaan yang sedang lalu di jalan berkenaan. Anggota keselamatan giat menjalankan pemeriksaan bagi mengetahui jumlah kenderaan dan mangsa yang terlibat. -fotoBERNAMA |
Sebahagian daripada struktur jambatan kedua Pulau Pinang runtuh sekitar 7.15 malam ini.
Jambatan kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada September 2013.
Dipercayaan banyak kenderaan terhempap, namun kemalangan jiwa belum diketahui.
Cergas Murni Sdn. Bhd, sebuah syarikat kontraktor yang dilantik oleh PDC pada tahun 2010
ReplyDeleteTidak sampai seminggu selepas insiden bot karam di Belaga di mana bapa Guan Eng, Kit Siang segera menuding jari dan menyalahkan Kerajaan Negeri, Ketua Menteri dan Barisan Nasional, tragedi runtuhan susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang seharusnya menjadikan Lim Guan Eng sebagai sasaran tudingan.
Projek berkenaan memang projek kerajaan pusat tetapi yang mengendalikan projek tersebut adalah kerajaan negeri yang diketuai oleh Lim Guan Eng. Kontraktor yang dilantik adalah kontraktor kerajaan negeri.
Menghalakan kesalahan kepada Kerajaan Pusat bukanlah sesuatu yang wajar dilakukan oleh DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang. Persoalan mengapa DAP dan Lim Guan Eng tidak pernah bertanggungjawab atas segala masalah yang ditimbulkannya bukanlah perkara baru.
Hampir kesemua masalah yang diutarakan membabitkan dirinya akan dialihkan kepada kerajaan pusat. Keserakahan merampas tapak perumahan mampu milik untuk warga marhein di Taman Manggis sebagai contoh, dipersalahkan kepada kerajaan pusat. Kemudian apabila penyelesaian cuba dibuat, Guan Eng berdolak dalih dan kemudian mengumumkan bahawa tapak baru yang katanya lebih luas dan lebih dekat dengan pusat bandar.
Biarpun kemudiannya diketahui bahawa pengumum tersebut adalah penipuan semata-mata namun Guan Eng langsung tidak berasa bersalah dan malu.
Tragedi runtuhnya susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang itu bakal menyaksikan Guan Eng berdrama lagi. Apatah lagi tiada mana-mana pihak dari kalangan UMNO dan Barisan Nasional yang menuding jari kepadanya sepantas yang dilakukan oleh bapanya, Lim Kit Siang.
Yang pasti tekanan akan dilakukan oleh para pecacai DAP dan pemuja tegar Lim Guan Eng untuk menyalahkan Kerajaan Pusat selain memutar belitkan fakta sedia ada.
Posted by Melayu Berwawasan at 6:00 PM
Email This
BlogThis!
Share to Twitter
Share to Facebook
Comments 0 Comments
Sila baca ulasan saya dari sudut kejuruteraan awam dalam,”Teori runtuhnya jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang”.
ReplyDeletehttp://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/06/teori-runtuhnya-jalan-penyambung-susur.html