Khabar angin mengenai pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan sedang merayu undi sokongan terutama di kalangan pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen dan menjelang pemilihan jawatan Presiden Umno yang akan datang mula bertiup kencang.
Sumber berkata, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li telah bertemu dengan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak untuk menerokai sebarang kemungkinan.
Beliau telah bertemu dengan 17 Ahli Parlimen, orang dalam dengan pengetahuan kepada isu tersebut, menurut sumber.
Mereka berkata, sekumpulan Ahli Parlimen mewakili ahli politik yang kecewa dengan Najib kerana tidak melantik mereka dalam senarai kabinet Persekutuan walaupun kebanyakan bumiputera dari Sabah dan Sarawak mengundi BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bulan lepas.
Mereka mendakwa beberapa Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak beranggapan bahawa Najib semakin lemah walaupun beliau memberikan apa saja kepada masyarakat Cina, golongan tersebut tetap menolak BN.
Mereka percaya perkara itu menyebabkan polarisasi bangsa dan negara tidak boleh maju ke hadapan dengan efektif ekoran bebanan politik dipikulnya.
Sumber berkata, mereka bimbang BN tidak dapat mentadbir dengan tegas dalam jangka masa panjang.
Pemimpin-pemimpin dari Sabah dan Sarawak inginkan parti BN yang kuat dan boleh menyediakan lebih banyak dana untuk membangunkan dua negeri tersebut, kata sumber.
Ku Li dilihat sebagai 'bapa perpaduan negara' yang berpotensi kerana beliau mempunyai pengaruh untuk menyatukan BN dengan Pakatan tetapi Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menentang hasrat itu.
Bagaimanapun, cadangan Ku Li pada 2008 untuk menubuhkan kerajaan berasaskan perpaduan negara terus bergema dengan beberapa kumpulan politik tertentu dan pemerhati.
Antara cadangan tersebut adalah kumpulan tersebut iaitu Ahli Parlimen termasuk Ku Li yang tidak berpuas hati, menggabungkan kesemua sumber mereka dengan 89 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk memfailkan satu usul tidak percaya terhadap kepimpinan Najib apabila Parlimen bersidang bagi penggal baru bulan ini.
Ku Li yang memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen untuk tempoh paling lama di negara ini dan pembantunya enggan memberikan sebarang komen dan menyebabkan khabar angin itu terus menjadi tanda tanya.
Aku setuju benda ini dijadikan kenyataan, biarlah teori RAHMAN tamat dengan cepat, perpecahan rakyat semakin membimbangkan adalah kerana kegagalan kerajaan sedia ada yang lebih mengutamakan pembangunan negara dari memperbaiki keharmonian negara, ingat kemajuan yang dicapai akan musnah dengan sekelip mata sekiranya keharmonian rakyat tidak diperdulikan..namun begitu untuk memberi peluang kepada bukan melayu menerajukan negara ini (terutama bangsa cina) aku tidak izinkan sama sekali, kerana mereka lebih bahaya dari apa yang berlaku sekarang.
ReplyDelete