Keputusan awal PRU-13, menampakan bahawa BN akan memerintah semula. Kekalahan para pemimpin Pakatan seperti Husam Musa, serta S. Sivarasa di Subang, serta Zulkefli Ahmad di Kuala Selangor, adalah tanda-tanda bahawa Pakatan Rakyat akan menerima tamparan hebat pada PRU-13 ini.
Keputusan-keputusan awal, menunjukkan bahawa persepsi selama ini, terutama oleh para penganalisis pilihanraya samada daripada Universiti Malaya dan Merdeka Centre ternyata sekali lagi menunjukkan bahawa analisia pusat-pusat itu tidak mencerminkan sikap para pengundi negara.
Setakat ini, negeri-negeri simpanan tetap Bn seperti Sabah dan Sarawak akan sekali lagi menjadi penyumbangkan kepada kerusi-kerusi BN. Di Sarawak setakat ini, keputusan tidak rasmi BN menang 24 kerusi, manakala di Sabah 20. Kerusi-kerusi lain, masih dalam proses pengiraan.
Di Semenanjung, Kedah akan berganti kerajaan, kerana setakat ini BN mendahului 19 kerusi Dun.
No comments:
Post a Comment