Friday, May 03, 2013

PRU-13: Menjelang pembuangan Undi- Media PRO Pakatan manipulasi fakta

Media Pro Pakatan-misalnya The Edge Malaysia membuat laporan dengan mengguna pakai temuan Kajian Politik Untuk Perubahan (KPRU) dan kajian University Malaya Centre for Democrarcy and Elections (UMceDel).

Rata-rata laporan media pro pakatan menyebutkan bahawa pakatan akan menang, tanpa data atau fakta yang sahih yang bebas.

Tujuan laporan ini adalah untuk menimbulkan persepsi kepada rakyat agar tertanam dalam fikiran mereka, jika berlaku sebaliknya, maka Bn akan dituduh telah melakukan penipuan dengan kerjasama daripada SPR dan pihak-pihak lain.

Media alternatif  yang pro Pakatan juga memainkan isu menimbulkan persepsi negarif kepada Bn. Mereka secara terang-terangan memanipulasi semua keadaan, termasuk menimbulkan isu, termasuk BR1M, kononnya rasuah Bn kepada pengundi.

Mereka tidak segan silu mengemukakan nama-nama phantom untuk menyokong dakwaan mereka, termasuk menggunakan nama anggota tentera.

PRU-13 ini, diguna pakai oleh Pakatan bagaimana berkesannya siber trooper mereka menimbulkan isu-siu bohong; bukan itu sahaja, para pemimpin Pakatan juga berbohong yang diketuai oleh Anwar dan Nizar Jamaluddin, dibantu Tian Chua , S. Sivarasa, Rafizi Ramli dan ramai lagi.

Hari mengundi hanya berbagi kurang daripada 48 jam, tiada pihak lagi yang boleh mengsahkan fakta-fakta yang diputar belit.

Sekiranya rakyat yang mengikuti perkembangan dan maklumat daripada media alternatif, maka kemungkinan mereka akan termakan isu-isu bohong.

Apapun Manusia hanya boleh Merancang, Tuhan yang menentukan.

No comments:

Post a Comment