Anwar masih sibuk dengan UNDI POPULAR; namun bagaimana UNDI POPULAR itu diperolehi, Anwar menyembunyikan kepada para penyokongnya.
Malaysiakini portal milik Pakatan Rakyat telah menyiarkan keputusan pengundian PRU-13 (Table atas), tabel ini bukan dari mana-mana pihak akan tetapi daripada portal yang mereka miliki sendiri.
Daripada tabel tersebut, dengan jelas, 9 negeri dan dua kawasan wilayah Persekutuan iaitu Labuan dan Putrajaya undi popular menyebelahi barisan nasional; hanya di negeri Selangor, Pulau Pinang, Perak, WP Persekutuan Kuala Lumpur dan Kelantan, PR mendapat undi popular
AYT bukan berkata berkaitan dengan kerusi parlimen, akan tetapi berkaitan undi popular. Berasaskan tabel di atas siapapun dengan mudah dapat membuat analisis.
Sila lihat betul-betul berkaitan dengan data yang ada: Bn menang undi popular di 9 negeri dan WP Labuan dan WP Putrajaya, sementara PR hanya menang d 4 negeri dan Sebahagian WP Kuala Lumpur.
Berasaskan tabel Pakatan Rakyat mendapat 5,624,084 undi di seluruh negara, manakala Barisan Nasional 5,262,983. Dengan itu perbezaan undi adalah 361,101.
Persoalannya berpunca darimana kah PR mendapat kelebihan itu?
Mari Tengok :
i. Di Kelantan Pakatan Rakyat mendapat 412,949 - 355,627 = 57,332
ii. Di Penang the Pakatan mendapat 492,863 - 229,859 = 263,004
iii. Di Perak the Pakatan mendapat 624,344 - 512451 = 111,893
iv. Di Selangor the Pakatan mendapat 1,044,758 - 685,502 = 359,256
v. Di KL the Pakatan mendapat 425,352 - 227,268 = 198,084
Berasaskan kepada angka-angka di atas, dengan jelas Pakatan Rakyat mendapat undi popular yang begitu besar di negeri-negeri yang mempunyai ramai pengundi kaum cina; di negeri-negeri itulah punca Pakatan mendapat kelebihan 361,101 undi. Dari data di atas juga, walaupun Kelantan dimenangi Pakatan Rakyat dengan kuasa 2/3, namun kelebihan undi popular tiga parti itu hanya 57,332.
Apabila dijumlahkan seluruh kelebihan undi Pakatan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur (di mana terdapat undi kaum cina yang ramai) dan Kelantan akan menjadi 989,569 undi. Di sinilah sumbangan 9 negeri dan WP Labuan dan WP Putrajaya di mana BN mendapat undi popular, sehingga undi popular keseluruhan Pakatan hanya berbaki 361,101.
Disebabkan Pakatan tidak mendapat sokongan daripada bumiputera/melayu, walaupun di kawasan kaum cina mereka mendapat hampir satu juta kelebihan undi, namun akhirnya kelebihan itu dikurangi oleh undi kaum bumiputera/melayu.
Pakatan memang mendapat undi banyak daripada kalangan pengundi kaum cina namun bukan daripada kaum bumiputera/melayu. Atas sebab itu, Pakatan kalah undi popular di Perlis, Kedah, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Sabah dan Sarawak, WP Labuan dan WP Putrajaya.
Berasaskan analisis ini, AYT berharap ramai rakan blogger atau sesiapa sahaja membaca analisis ini menyebarkannya, agar supaya ramai rakyat memahami duduk perkara keputusan PRU-13 dan erti undi popular yang diputar belit oleh Anwar sejak 8 Mei lalu.
Anuar semakin tidak siuman
ReplyDelete