Saturday, May 04, 2013

PRU-13: Analisis Awal Keputusan Bagi Sabah

SABAH mempunyai 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (dun). Sabah mempunyai 984,034 bagi PRU-13 dijangka bersama-sama dengan 12,068,340 pengundi di seluruh negara akan membuang undi pada 5 Mei yang jatuh pada Ahad. Jumlah pengundi seluruh negara adalah 13,052,374 dijangka mengundi bermula 8 pagi hingga 5 petang pada Ahad ini.

Selepas berkempen 14 hari, nampaknya ada beberapa kawasan yang sebelumnya dianggap selamat, kini menjadi kawasan-kawasan panas.

Di Pantai Timur, nampaknya hanya kawasan bandar yang meruncingkan barisan nasional, namun bagi kawasan luar bandar dan spara bandar masih selamat bagi barisan nasional.

Di kawasan pedalaman, kawasan Parlimen Pensiangan dilaporkan hitam bagi barisan nasional, sementara Keningau, dilaporkan calon BN Presiden PBS dalam keadaan 50:50.

Di kawasan Pantai Barat Selatan, seperti yang dijangka Parlimen Beaufort dan Dun Klias adalah kawasan panas bagi barisan nasional.

Bagi kawasan Pantai Barat, seperti yang dijangka Parlimen Kota Kinabalu adalah wilayah pembangkang, namun yang menjadi kejutan, apabila Parlimen Penampang, calon Bn Presiden Upko Tan Sri Bernard Dompok kemungkinan akan kehilangan kerusi itu.

Bagi Pantai Barat Utara pula, kawasan Kota Belud dan kawasan Kota Marudu yang pada awalnya dikatakan kawasan selamat bagi barisan nasional, kini dalam keadaan panas.

Kota Belud pada pertengahan masa berkempen, dalam keadaan yang merunsingkan, namun selepas Tan Sri Pandikar turun padang bermula daripada semalam, nampaknya keadaan parlimen Kota Belud  teranjak kearah pemulihan dan pemutihan.

Namun bagi kawasan parlimen Kota Marudu sehingga artikel ini ditulis, belum ada pertanda pemutihan di kawasan tersebut. 

Bagi kawasan-kawasan Dun-dun pula, beberapa dun di Pantai Barat kemungkin jatuh ke tangan pakatan. Antara Dun-Dun itu, adalah Dun Luyang, Dun Api-Api dan Dun Kepayan. Sementara di Pantai Barat utara, Dun Tanjong Kapor dilaporkan persaingan cukup hebat antara calon Bn dan PKR.

Adalah dijangka berasaskan persepsi semasa, keputusan PRU-2008 bagi Bn Sabah tidak akan berulang, namun kuasa 2/3 bagi Dun Sabah masih dalam genggaman.

Berasaskan persepsi semasa daripada 25 kawasan Parlimen, Bn Sabah akan kehilangan Parlimen Penampang, Pensiangan dan Keningau tetapi masih mempunyai peluang bagi Parlimen Sandakan dan Batu Sapi. Apa yang mengembirakan, Bn akan menang di Parlimen Tawau dan Dun Sri Tanjong.

Apapun, artikel ini berasaskan estimasi dan jangkaan awal.

1 comment:

  1. Inilah akibatnya memilih calon2 yang melobi dan bukannya atas kebolehan dan kredibiliti.

    Utk parlimen Kota Belud mungkin masih hitam atas faktor setempat. DUN USUKAN masih lagi selamat tetapi tidak untuk DUN KEDAMAIAN & TEMPASUK.

    Kalau tanya saya, Untuk DUN Sabah, Bagus kalah / hampir2 kalah. Sebab ramai calon2 sudah berasa selesa dan terlalu lama dibuai mimpi yang membuatkan rakyat sabah berasa meluat atas perangai-perangai seperti ini.

    ReplyDelete