Monday, May 06, 2013

Nik Aziz akhirnya bersara- Kelantan dapat MB Baru


Kelantan mendapat Menteri Besar baru, apabila Datuk Ahmad Yakob-Timbalan Menteri Besar mengangkat sumpah jawatan MB di hadapan Sultan Muhammad V Tengku Muhamad Faris Petra Sultan Ismail pada petang Isnin.

Majlis itu yang berlangsung di Istana Negeri di Kubang Kerian dekat sini pada pukul 4.30 petang Isnin di mana Timbalan Menteri Besar Kelantan serta barisan exco kerajaan negeri yang baru turut akan mengangkat sumpah.

Ahmad Yakob
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersara daripada memegang jawatan itu selepas kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990.

Jawatan Timbalan Menteri Besar yang baru disandang oleh Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah.

Difahamkan, Nik Abdul Aziz, 82, dinasihatkan oleh baginda supaya mengambil lebih perhatian terhadap keadaan kesihatannya atas faktor usia.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz akan terus kekal sebagai Muryidul Am PAS.

No comments:

Post a Comment