Anwar memperbodoh pengikutnya |
Sejak 6 Mei 2013, Anwar Ibrahim ke hulu ke hilir memberitahu penyokongnya bahawa angka 133 lebih kecil berbanding 89.
Bermula pada malam 8 Mei di Stadium Kelana Jaya dan terakhir pada malam 25 Mei di Dataran Petaling Jaya, Anwar masih memberitahu penyokongnya bahawa angka 133 lebih kecil berbanding 89.
Nasib baik pada PRU-13, Pakatan Rakyat tidak menang, kalau tidak negara ini akan mendapat Perdana Menteri yang paling bodoh, bukan itu sahaja rakyat negara ini akan mempunyai perdana menteri yang menghalalkan hubungan sejenis. Nampaknya Allah mengelakan rakyat ini mempunyai perdana menteri seperti Anwar, atas sebab itu, walaupun sejak 2008, berbagai tipu muslihat dan putar belit menghentam kerajaan termasuk pemimpinnya kiri kanan, Allah tidak mengizinkan orang-orang ini memerintah negara.
PAS dengan perintah Tok Guru Nik Aziz tidak putus-putus meminta penyokongnya berdoa agar kerajaan BN hancur lebur, mendoakan Umno KO, namun kenyataannya pada PRU-13 lalu, bukan sahaja BN mendapat lebih banyak kerusi, malah UMNO menambah sebanyak 9 kerusi berbanding keputusan PRU12.
Anwar menipu penyokongnya dengan mengatakan bahawa sistem pilihanraya negara ini berasaskan undi popular.. Bodoh.. Hanya penyokong Anwar sahaja pura-pura tidak mahu tahu bahawa sistem pilihanraya negara ini adalah berasaskan demokrasi berparlimen di mana pemenang berasaskan jumlah kerusi yang dipertandingkan, atau dalam bahasa Orang Putih SIMPLE FIRST-PAST-THE POST.
Sejak tahun 1959, inilah sistem pilihanraya digunakan di negara ini, tidak pernah berubah. Dalam sistem pilihanraya ini jugalah pembangkang boleh menang.
Tahun 1990, Kelantan dimenangi Pas yang merupakan parti pembangkang, dan negeri itu dimenangi Pas. Pada tahun 1999, Terengganu pernah dimenangi PAS, pada PRU-lalu, Pas hampir menang, di mana BN menang dengan slim majoriti di Dewan Undangan Negeri.
Sementara di Pulau Pinang dan Selangor Pembangkang dengan kuasa 2/3, sementara di Perak BN hanya menang dengan majoriti mudah.
Apa yang pelik pada Anwar adalah, dia tidak mempertikai kemenangan mereka di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan, tetapi mempertikai kemenangan BN di kawasan lain.
Untuk rekod, daripada 13 negeri di Semenanjung, 9 negeri dimenangi BN dengan undi popular, pakatan hanya menang undi popular di negeri-negeri yang ramai pengundi cina, iaitu negeri pulau pinang, Selangor dan Perak. SILA BACA TABURAN UNDI PRU-13
Satu catatan- selepas dua minggu Anwar melalak dengan BLACKOUT505nya, namun dia gagal menghasut penyokongnya menjadi GILA agar turun ke jalan seperti mana berlaku di TUNISIA, MESIR dan LIBYA. Kini Anwar pula, menjadikan pengikutnya menjadi BODOH apabila meminta membuat laporan berkaitan DAKWAT KEKAL selepas dua minggu, sedangkan dari awal-awal lagi pihak SPR telah menyatakan bahawa dakwat itu hanya kekal antara 2-7 hari.
Sebenarnya, tiada yang kekal, jika ada usaha untuk menanggalkannya. Atas sebab itu, ramai penyokong Pakatan mencuba menanggalkan dakwat itu di hari pengundian, mereka tidak dapat membuat laporan polis, kerana kesan pada kulit yang dicalit dengan dakwat kekal terkupas, apabila dakwat berjaya ditanggal.
BODOHnya Anwar.. Ibarat BURUNG UNTA menyembunyikan kepalanya, badan yang besar jelas kelihatan, namun merasa aman, kerana matanya tertutup.
anwar seorang malapetaka tanah melayu
ReplyDelete