Tuesday, May 07, 2013

DAP Bakal duduki Jawatan Menteri Besar Selangor

Kedudukan menteri besar sementara Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim masih tidak diketahui apabila masih tiada keputusan dibuat bagi menentukan sama ada beliau akan terus memegang tampuk pemerintahan negeri.

Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali (lihat gambar) dalam sidang media bersama pemimpin-pemimpin negeri Pakatan hari ini berkata, sebuah mesyuarat akan diadakan segera bagi membincangkan perkara itu.

Menurutnya, mereka akan memutuskan siapa yang akan dilantik untuk penggal seterusnya sebelum ia dimaklumkan kepada majlis presiden Pakatan Rakyat.

"Kami akan berbincang dan ikut keputusan pemimpin Pakatan. Kami akan pertahankan semangat kemuafakatan dan perundingan bagi memastikan ia semakin kuat di mas akan datang," katanya ketika ditanya.

Isu kedudukan menteri besar itu timbul apabila PKR kini mendapat undi paling sikit di Selangor berbanding rakan Pakatannya dengan 14 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). 

PAS dan DAP kini mendapat lebih kerusi dengan masing-masing 15 kerusi. Untuk kompromi antara PKR dan PAS, calon daripada DAP akan dipertimbangkan untuk jawatan MB Selangor.

No comments:

Post a Comment