Friday, March 08, 2013

Mengejar dan menghapuskan pengganas sulu diteruskan

OPERASI memburu dan mengejar pengganas sulu diteruskan. Pasukan keselamatan sedang menjalanan pemberisihan yang meliputi kawasan kg Tanduo, Tanjung Batu dan Tanjung Labian.

Petang tadi angatan udara menjalankan serangan bom untuk memudahkan pasukan darat menjalankan tugas.

Setakat ini, belum ada laporan lapangan, berkaitan serangan itu.

Pihak polis belum mengadakan sidang media berkaitan kejadian tembak menyembak. Dipercayai pengganas sedang bersembuyi atau, terkena bedilan bom dan mengorbankan mereka.

Pagi tadi dalam sidang Media Ketua Polis Negara, beliau menafikan khabar angin bahawa 700 lelaki bersenjata Sulu telah memasuki Sabah.

"Saya menerima maklumat terdapat SMS dan laporan di media sosial palsu mendakwa bahawa lelaki bersenjata ini telah memasuki Kota Kinabalu dan Tawau untuk menimbulkan kekacauan," katanya dalam satu sidang akhbar di sini, pagi Jumaat.

"Ia tidak benar. Jangan percaya dengan laporan yang tidak disahkan oleh polis dan tentera. Sila maklumkan kepada polis jika anda melihat apa-apa maklumat melalui media sosial atau mesej teks," katanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata operasi masih dijalankan memandangkan tiada tanda-tanda menyerah diri oleh kumpulan penceroboh Sulu pada sidang media, Jumaat.

Pada sidang akhbar bersama dengan Ketua Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di sini, Jumaat, Ismail juga menunjukkan gambar-gambar baru mayat lelaki bersenjata dan senjata yang disita.

Ismail berkata, salah seorang pemimpin kumpulan itu mungkin berada di kalangan lelaki bersenjata Sulu yang terbunuh dalam operasi yang dijalankan pasukan keselamatan.

Ditanya sama ada pemimpin kumpulan, Azzimudie Kiram, saudara kepada Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu berada di kalangan mereka yang terbunuh, Ismail berkata: "Kami masih dalam proses mengenal pasti pemimpin ini.

"Buat masa sekarang kita boleh mengatakan bahawa, berdasarkan pakaian, di kalangan mereka yang terbunuh adalah salah seorang pemimpin mereka," katanya.

Ismail berkata lelaki bersenjata Sulu tidak menunjukkan tanda-tanda menyerah, lantas operasi terhadap mereka diteruskan.

Pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan habis-habisan terhadap lelaki bersenjata pada Selasa, selepas pencerobohan bermula pada 9 Februari.

1 comment:

  1. MCM MANA MAT BON BOLEH TERLEPAS DARI SEKATAN? NASIB BAIK ADA POLIS BANTUAN...(MYMETRO)

    ReplyDelete