Tuesday, March 12, 2013

Jamalul Kiram III Yang Papa Kedana-Mampu beli senjata canggih- Siapa Beri Duit?

Jamalul Kiram III
INDIVIDU yang paling lantang mendakwa bahawa Jamalul Kiram III mendapat dana USD2 juta daripada SUARAM adalah Ng Lam Yong Presiden Jaringan Cina Malaysia.

Senjata canggih seperti M16 dan M14, diperolehi melalui misi rahsia daripada negara besar, pertengahan Januari lalu.

Bagimana Jamalul Kiram boleh membekal senjata seperti M16 atau M14 yang berharga antara RM20,000 - RM60,000 setiap satu? Pelancar mortar yang boleh mencapai harga RM600,000.

Jamalul Kiram III sebagaimana laporan daripada Manila, kos dialisisnyapun ditanggung jabatan kebajian negara itu. Begitulah taraf kehidupan seseorang yang mengaku Sultan Sulu.

Seperkara lagi, pengikut Kiram yang ke Sabah, dikatakan diberi poket money USD600 seorang. Kerana merasa banyak duit, maka membeli sebungkus rokokpun dengan RM50.

Bagi memperlancar aktiviti mereka, pengikut Kiram, membeli sembilan buah rumah sekaligus di Kg Sri Jaya Simunul, Semporna untuk dijadikan sarang.

Bekas Panglima Angkatan Darat - Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd. Said mendakwa pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah merupakan permulaan untuk mengucar-kacirkan negara, yang cuba dicetuskan pihak tertentu demi kepentingan tertentu.

Pihak tertentu mempunyai tujuan tertentu terhadap Sabah. Sebagaimana kita ketahui, Amerika kini, tiada lagi ARMY BASE di Asia Tenggara. Negara adikuasa itu, mahu satu tapak baru, yang mempunyai sumber seperti minyak dan gas.

Tanjung Labian, satu lokasi yang sesuai untuk tapak tentera, atas sebab suatu ketika kawasan itu dipohon pihak tertentu, untuk perkiraan keuntungan, jika kawasan itu dijadikan Army Base. Ada perancangan jangka panjang daripada pihak tertentu itu.

1 comment:

  1. takkan orang miskin sponser orang miskin ..... tentulah orang kaya sponser orang miskin ... siapa kaya...??? tentulah najib ...!!!! bukti ..??? nak tunangkan anak je habis rm juta-juta.....

    ReplyDelete