Monday, February 11, 2013

Pembangkang Politikan Persembahan PSY


MESKIPUN hampir 100,000 hadirin yang datang ke Majlis Sambutan Tahun Baru Cina 1Malaysia di Pulau Pinang, namun pembangkang meremehkan kedatangan orang ramai itu, dengan mengangkat "isu" kononnya PSY tidak naik ke Pentas untuk melakukan "toss" "Yee Sang" dengan Perdana Menteri.

PSY datang untuk membuat persembahan, tidak ada kaitan dengan acara Jawatan Kuasa Sambutan itu.

Selain itu, pembangkang juga menguar-uarkan bahawa laungan "Ya" dan "Tidak" apabila Najib bertanya kepada hadirin apa kah mereka SIAP SEDIA UNTUK BN, kononnya laungan TIDAK hanya sayup-sayup kedengaran berbading YA.. satu penilai yang sungguh berat sebelah.

Perkara seumpama ini Pembangkang cuba politikkan kerana mereka tidak menyangka, kehadiran begitu ramai hadirin pada majlis itu. Tidak dinafikan kehadiran yang begitu ramai disebabkan oleh Superstar Korea PSY yang terkenal dengan Oppa Gangnam Stylenya.

1 comment: