Sultan Kiram: Kumpulannya menceroboh Lahad Datu |
APA yang menarik berhubung pencerobohan tentera sulu ke atas Lahad Datu, adalah Pasukan keselamatan kita masih malu bertindak, kerana mereka berhadapan dengan kumpulan yang bersenjata. Berlainan, jika mereka berhadapan dengan kumpulan atau perorangan, dengan ligat mengambil tindakan.
Tempoh yang mereka berikan terhadap penceroboh yang pernah dilanjut sehingga tiga kali, sudah berakhir tengah malam tadi, namun belum ada tanda-tanda penceroboh akan meninggalkan Kg Tanduo, 130 km daripada Pekan Lahad Datu.
Pada malam 12 Februari lalu, lebih 100 orang yang memanggil kumpulan mereka Tentera Sulu telah menceroboh Lahad Datu.
Sementera menunggu apa tindakan seterusnya daripada pihak keselamatan negara, kita teruskan mengetui cerita disebalik pencerobohan Lahad Datu.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap menafikan dakwaan sebagai dalang kepada pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu, Sabah, walaupun akhbar Filipina, Manila Times, melaporkan beliau turut terlibat dalam perancangan tersebut .
Menurut Laporan Manila Times pada tarikh 16 Februari, Koresponden Mindanou, Jacinto, memberitahu, Sultan Muhammad Fuad Kiram I, mendakwa Malaysia menduduki Sabah secara haram dan Sabah merupakan milik Kesultanan Sulu hingga hari ini.
"Pencerobohan tersebut berlaku setelah bekas pemimpin Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin de facto Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan Sabah akan diberikan autonominya kepada pemerintahan kesultanan Sulu," kata Jacinto.
Laporan tersebut turut menjelaskan kerajaan Malaysia dan Filipina kini dalam tempoh rudingan secara aman bagi menyelesaikan kemelut yang melanda kedua-dua negara.
Sebelum ini, Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Selangor melalui media Selangorku mendakwa UMNO sengaja menunding jari ke atasnya dan mendakwa Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail bersekongkol dengan UMNO bersama Keluarga Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.
"Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hishammuddin) dan Menteri Pertahanan (Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi) begitu lambat sekali memberikan reaksi. Seolah-olah wilayah Lahad Datu atau Sabah boleh dikepung oleh orang asing dan kita tidak boleh berbuat apa-apa melainkan berunding.
Beliau turut mendakwa pihak UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sengaja mengalih pandangan kepadanya dan ianya merupakan 'momok' politik kerajaan pusat.
Dalam laporan lain, Bekas pimimpin Filipina Margarita Cojuangco dari wilayah Tarlac menafikan dakwaan beliau dan suaminya Jose Cojuangco menghasut Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram ke 3 supaya menakluk kembali Sabah.
Beliau bersama beberapa lagi pemimpin Moro National Liberation Front (MNLF) di dakwa menjadi penghasut Sultan Jamalul Kiram dalam hal itu.
1. Kerajaan Pusat saya fikir tidak tutup mata tanpa sebab, memang kita boleh perangi mereka tapi kalau bisa berunding itu kan lebih baik dari menumpahkan darah.
ReplyDelete2. Kenapa di Sabah begitu mudah mereka mendapat kerakyatan??? Sampai sekarang pun sangat mudah orang asing dapat kerakyatan di Malaysia.bila dah dapat anak-anak mereka menikmati semua kemudahan yang sama macam kita orang tempatan.