Tengku Razaleigh yang lebih mesra dengan panggilan "Ku Li", suatu ketika merupakan tokoh yang dihormati dan beliau merupakan Anggota Parlimen paling lama berkhidmat iaitu selama 43 tahun mulai 1969.
Namun tindakan mantan Menteri Kewangan tersebut akhir2 ini, seolah-olah kaki sebelah beliau sudah menyebelahi pembangkang.
Tindakan KULI, seebenarnnya mengelirukan ramai penyokong BN/Umno, kerana kenyataan2 Putra Kelantan itu, selalu bercanggah dengan hala tuju parti.
Akibat tindakan KULI itu, maka semalam enam belas pemimpin akar umbi Umno di kawasan Parlimen Gua Musang mendesak ahli parlimen mereka Tengku Razaleigh Hamzah yang juga ketua bahagian di situ supaya berundur secara terhormat dan tidak mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum akan datang.
Berita Harian dan Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa desakan itu dibuat pada mesyuarat semalam yang dipengerusikan oleh Ketua Cawangan Umno Bandar Lama Ab Wahab Yunus dan dihadiri oleh tiga ketua bahagian, enam ketua cawangan dan wakil-wakil dari Kesedar serta Felda.
Ab Wahab mendakwa bahawa Tengku Razaleigh tidak lagi mempunyai pengaruh, sama ada di peringkat pusat tetapi juga di bahagian itu, dan bahawa bekas Menteri Kewangan itu seolah-olah telah hilang pendirian beliau mengenai Umno dan BN.
"Kita rasa kecewa dengan sikap kepemimpinan Tengku Razaleigh yang sejak kebelakangan ini bersuara tidak sehaluan dengan pucuk kepemimpinan parti seolah-olah sebelah kakinya sudah berada dalam pembangkang,” katanya dipetik Berita Harian.
Sinar pula memetiknya berkata, kumpulannya terpaksa memberanikan diri membuat pendirian lebih tegas dengan mendesak Tengku Razaleigh berundur lebih awal kerana zaman sekarang bukan lagi sepadan dengan jiwa pemimpin veteran.
“Beliau dalam Umno pun banyak mengeluarkan berita-berita yang sensitif dengan perjuangan Umno dan seolah-olah lebih mirip kepada pembangkang, oleh itu adalah lebih baik dia berterus terang dengan pendirian sebenar.
“Kita sebagai pemimpin peringkat akar umbi kadang-kala malu dan sedih dengan kenyataan yang dikeluarkan Tengku Razaleigh kerana lebih banyak memihak kepada pembangkang termasuk isu royalti minyak serta penyenaraian Felda di Bursa Malaysia,” katanya dipetik akhbar itu.
Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Gua Musang, Ab Aziz Mohamad pula berkata ramai ahli parti dalam bahagian itu tidak sanggup lagi merestui Tengku Razaeligh sebagai pemimpin kerana banyak karenah serta mengejar cita-cita untuk menjadi pemimpin nombor satu negara.
Menurut Sinar lagi, Ab Aziz berkata pemimpin itu langsung tidak mengambil kisah masalah yang dihadapi rakyat termasuk juga peneroka Rancangan Kemajuan Tanah Kesedar yang dijanjikan untuk lupus hutan, namun sampai sekarang gagal dilaksanakan.
“Ini telah membuktikan kepada kita bahawa Tengku Razaliegh bukan lagi pemimpin yang harus kita puja seperti sebelum ini dan saya minta beliau berundurlah secara terhormat dan memberi laluan pula kepada pemimpin muda yang lebih berwibawa,” katanya.

Orang sebeginilah patut disambar cepat-cepat oleh sayangku.Kecewa sesama kecewa.Bontot sesama bontot.
ReplyDelete