Friday, March 16, 2012

Kenapa Pembangkang pilih isu LEMBU?

SEBABNYA, semua rakyat tahu apa itu lembu!!. Rakyat tahu macam mana daging lembu. Rakyat tahu harga lembu, malah rakyat tahu memelihara lembu.

Apabila skandal NFC yang berkaitan dengan lembu, yang bermula dengan laporan Ketua Audit Negara pada Oktober,2011, pihak pembangkang terus menyambar isu ini sebagai isu utama menghentam kerajaan.

Malah mantan menteri kewangan-Tun Daim Zainuddin beranggapan, jika isu lembu itu tidak diselesaikan dengan baik, maka ianya akan menentukan keputusan PRU-13.

Kalaulah NFC tidak mendapat pinjaman mudah daripada kerjaaan yang berjumlah RM250 juta, syarikat NFC kepunyaan keluarga Shahrizat Abdul Jalil tidak akan mendapat perhatian.

Demikian juga kalau pinjaman mudah itu digunakan dengan betul bersesuian dengan tujuan pinjaman itu, ianya juga tidak akan mendapat perhatian meluas, malah ianya tidak akan menjadi isu utama pembangkang.

Namun, atas sebab kegelojoan, maka individu yang diamanahkan menukar tujuan pinjaman tersebut kepada penompokan harta sendiri, maka ianya menjadi momokkan pembangkang menghentam kerajaan, kerajaan tersalah pilih orang dalam melaksanakan projek kerajaan itu.

Niat kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan kelulusan Kementerian Kewangan untuk memperuntukan sejumlah wang negara, adalah untuk mengurangkan pengaliran wang negara ke luar negara melalui pengimportan daging lembu.

Namun niat kerajaan itu terbantut atas sebab kerakusan individu2 yang terlibat.

Sekarang, nasi telah menjadi bubur, damage has been done. Kerajaan terpaksa menjawab tindakannya sendiri. Sekirannya, projek lembu itu tidak dilaksanakan, sudah tentu kerajaan terlepas daripada masalah ini.

Dalam apa2 projek mesti ada risiko kegagalan. Namun dalam kes NFC, bukan projek itu yang tidak berdaya maju, sebaliknya pelakasaannya yang diselewengkan.

Akibat skandal NFC, Pengarah kanannya yang juga suami kepada Ketua Wanita Umno Malaysia, Dato Dr Muhammad Salleh Ismail telahpun dihadapkan ke mahkamah dengan dakwaan pecah amanah yang membabitkan jutaan ringgit yang melibatkan pinjaman daripada kerajaan itu, namun isu lembu ini terus diputar oleh pihak pembangkang menghentam kerajaan.

Adalah juga disebabkan skandal NFC, Menteri Pembangunan Wanita Dato Shahrizat Abdul Jalil terpaksa melepaskan jawatannya kerana secara moral, beliau terpalit, kerana projek lembu itu diusahakan oleh suami dan anak beranaknya.

Sejauh mana impak isu lembu ini kepada para pengundi pada PRU-13? Apa kah kenyataan Tun Daim mempunyai merit? sama-sama kita berfikir sejenak.

No comments:

Post a Comment