Sunday, March 11, 2012

Ceramah Anwar tiada sambutan lagi

Ceramah Anwar tidak mendapat sambutan lagi, malah di Pulau Pinang, sambutan terhadap ceramah2 Anwar nampak hambar.

Apa kah petanda, rakyat sudah bosan dengannya? atau kah rakyat sudah sedar bahawa perjuangan Anwar hanya untuk menobatkannya menjadi Perdana Menteri, adalah untuk kepuasan diri sendiri.

Sentimen kali ini, nampaknya majoriti rakyat sudah melupakan tsunami politik tahun 2008. Rakyat kembali yakin kepada kerajaan BN.

Rakyat merasakan bahawa luahan mereka didengar. Contoh terkini, apabila kerajaan membatalkan SBPA, kerana ramai yang memprotesnya.

Akibat tsunami politik tahun 2008, yang menyebabkan suara pembangkang ramai di dewan rakyat atau dewan undangan negeri; maka yang mendapat manafaat adalah rakyat.

Kerajaan tidak sesuka hati lagi melaksanakan dasar-dasar yang tidak disenangi rakyat.

Kuasa 2/3 kerajaan sebenarnya masih perlu, asalkan kuasa itu digunakan sebaik mungkin untuk faedah rakyat. Namun yang diprotes oleh rakyat adalah jika kuasa itu digunakan tanpa pertimbangan yang wajar.

Apabila BN menang besar pada PRU-2004; kerajaan masa itu alfa, bahawa kuasa yang diberikan itu adalah untuk kepentingan rakyat. Apa yang berlaku, kerajaan pada masa itu mengambil keputusan yang sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kehendak rakyat.

Kenaikan harga minyak pada tahun 2006 yang secara mendadak sehingga RM2.70/liter, telah mengakibatkan rakyat marah. Bukan sahaja rakyat marah, malah kenaikan harga barang meningkat dengan mendadak. Sehingga hari ini pun, kenaikan harga barang akibat kenaikan harga minyak tahun itu, tidak pernah turun, walaupun harga minyak diturunkan semula kepada paras RM1.90/seliter bagi RON95.

Akibat kenaikan harga barang tersebut, maka kerajaan kini, selepas berubahnya pucuk pimpinan, memberi reaksi dengan memberi bantuan secara langsung kepada rakyat melalui BR1M, bagi isi rumah berpendapatan kurang RM3,000. Selain itu, bagi mengurangkan beban ibu bapa, kerajaan telah memberikan bantuan RM100 bagi setiap murid tahun 1 hingga tingkatan 5, serta memberi baucer buku RM200, bagi setiap mahasiswa di negara ini.

Kerajaan juga mengagihkan laptop 1Malaysia kepada para pelajar terpilih yang berasal daripada keluarga miskin, walaupun laptop itu mempunyai kualiti yang sangat rendah.

Selain itu, kerajaan secara terus menerus membangun kawasan luar bandar, apabila Kementerian Luar bandar dan wilayah diperuntukan lebih RM8bilion, untuk membangun prasarana luar bandar, seperti bekalan air bersih, litrik masuk kampung, jalan2 kampung dan sebagainya.

Kementerian pelajaran pula menyediakan bajet berbilion2, untuk pembangunan sekolah2 di luar bandar mahupun bandar, serta pembaikan sekolah2 yang telah uzur.

Selain itu, kementerian Pertanian dan asas tani juga menyediakan peruntukan berbilion untuk kepentingan petani, nelayan dan peternak. Di Sabah sahaja, pada tahun 2012, sebanyak RM116 juta telah diagihkan kepada nelayan melalui bantuan sara hidup, RM200 seorang.

Mungkin, atas sebab keprhatinan kerajaan BN itu, yang berjalan dengan pasti dan mula dirasakan oleh majoriti rakyat, maka sambutan kepada pembangkang telah berkurang?.

Apa kah trend ini menunjukkan, bahawa rakyat telah kembali kepada BN? dan sanggup memberikan kemenangan cemerlang pada PRU-13?

PRU-13 telah diambang pintu. Masalah2 yang dihadapi BN seperti kemelut NFC,masih belum selesai. Isu pemansuhan ISA akan dibentangkan di dewan Rakyat bermula esok.

Untuk sementara, kerajaan BN tidak mempunyai isu besar yang dihadapi. Masa ini adalah masa yang sesuai meminta mandat daripada rakyat.

Apakah DS Najib berfikiran sama? sama-sama kita tunggu.

No comments:

Post a Comment