Monday, March 19, 2012

Anwar sokong Israel: Fatwa Nik Aziz versus Fatwa Hadi Awang

Dua tokoh Pas Nik Aziz dan Hadi Awang, mengeluarkan Fatwa yang bercanggah, berpunca daripada pendirian Anwar yang menyokong Israel- sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat.

Nik Aziz dalam kenyataan media rasminya yang disiarkan oleh Harakahdaily selepas bertemu enam mata  dengan Anwar (Tuan Ibrahim turut sama) bagi memperjelaskan sokongan PKR kepada perlindungan dan pengiktirafan parti itu terhadap kewujudan negara Israel telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut…
“Justeru pada saya, adalah haram bersekongkol dengan pihak Israel dalam apa bentuk hubungan sekalipun”. -Nik Abdul Aziz Nik Mat.
PNB Darby Park, Kuala Lumpur. 29 Rabi’ul Awal 1433 H | 22 Februari 2012
Melalui kenyataan tersebut, adalah jelas sekali bahawa Mursyidul Am PAS itu bertegas dan menyimpulkan fatwanya bahawa adalah HARAM untuk terlibat dengan pihak Israel dalam apa sebarang bentuk, cara atau modus operandi apapun dengan pihak Israel.

Dalam kenyataan tersebut, Nik Aziz langsung tidak meletakkan sebarang terma secara spesifik sama ada Israel, Zionis atau apa jenis bangsa Israel sekali pun. Dalam ertikata lain, umat PAS dilarang sama sekali terlibat dengan suku sakat yang bersangkut paut dengan nama Israel.

Kebiasaannya, “fatwa” dari Mursyidul Am PAS ini adalah muktamad bagi para penganut agama PAS dan sebarang penolakan atau bantahan terhadap “fatwa” dari pemimpin tertinggi parti itu boleh dipecat serta merta dan “ditarik balik tiket ke syurga”nya.

Namun, kenyataan tersebut jelas bercanggah dan sangat bertentangan dengan kenyataan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, yang juga merupakan seorang lagi “tuan guru agama PAS”, yang dilaporkan Malaysiakini telah berkata…
“Pendekatan kita (ialah) boleh bekerjasama dan berniaga dengan bukan Islam (termasuk Yahudi) tetapi ia mestilah terhad kepada kaum itu sahaja dan bukannya dengan fahaman Zionis,”
-Abdul Hadi Awang, SACC, Shah Alam. 17 Mac 2012
Dengan “fatwa” dari pemimpin “second level” PAS ini, ia secara automatiknya dilihat cuba membatalkan atau ‘menasakh mansukhkan fatwa” yang telah dikeluarkan oleh pemimpin nombor wahid PAS, iaitu Nik Aziz Nik Mat.

Persoalannya, apakah “fatwa” pemimpin yang tahapnya lebih bawah dari pemimpin tertinggi PAS itu mampu membatalkan “fatwa Nabi PAS”? Mustahil bukan?

Perumpamaannya, Rasulullah SAW tidak pernah pun membatalkan kalamullah atau firman Allah SWT di dalam kitab suci Al-Quran. Itu perkara jelas yang tidak perlu dipertikaikan.

Namun memandangkan perkara tersebut telah berlaku, dikhabarkan bahawa kedua pemimpin PAS itu sedang di dalam keadaan “terkunci”. Masing-masing dikatakan takut sekiranya isu perbalahan “fatwa” ini dapat dikesan…. Posting asal disini

1 comment:

  1. politik, politik & politik, habis malau tinggai plastik. anwar sokong israel, banyak yg melompat. (sepatutnya dia tak perlu layan soalan tu, tapi dia ingat dia pm kot?) tapi kalau dia kutuk israel macam presiden iran, keadaan disana boleh berubah ka? siapa anwar ibrahim pada israel? presiden amerika pun depa tak pandang. presiden pas pulak kata boleh bekerjasama & berniaga dgn yahudi tapi bukan berfahaman zionis. macam mana kita boleh kenal yahudi zionis & yahudi bukan zionis? bagaimana pulak barang2 ciptaan mereka yg digunakan oleh umat islam? ada fatwa ka? ISRAEL UJUD KERANA ZIONIS. come on la, apa kena mengena depa dgn kita? political mileage?. apa isu sebenarnya disana. apapun kita bersimpati dgn rakyat palestin.

    ReplyDelete