Thursday, February 02, 2012

Tun Dr Mahathir cadang PRU-13 dilambatkan

Tun Dr Mahathir mencadangkan agar PRU-13 dilambatkan. Tujuannya agar BN/Umno dapat membangun sokongan yang telah hilang semasa PRU-12.

Persepsi sekarang, kaum cina tidak akan mengundi Bn/umno, untuk itu, BN/Umno perlu masa untuk mendapatkan sokongan daripada kaum itu.

Mantan Perdana Menteri itu berkata semasa ditemuramah oleh media antarabangsa Bloomberg hari ini.

Pada PRU-12 BN/Umno hanya mendapat 140 kerusi parlimen daripada 222, sementara bakinya dimenangi DAP-PKR dan Pas.

Selain itu, pada PRU tahun 2008 itu juga, BN kehilangan lima negeri tidak termasuk Kelantan yang memang diperintah Pas sejak tahun 1990.

Akibat kehilangan sokongan kaum cina/india pada BN/umno pada PRU-12, maka Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan pembangkang.

Pada PRU itu juga parti-parti yang berasaskan kaum cina dan india dalam BN kalah teruk, sehingga tiga presiden parti komponen BN kalah.

Pada keadaan sekarang Bn/umno dalam keadaan bertahan kerana dilanda berbagai isu. Isu2 itu antara lain skandal NFC, Dr Khir Toyo, isu salah guna wang zakat dan ada beberapa pemimpin Umno didakwa menerima sumbangan wang besar secara peribadi daripada orang-orang tertentu.

Jelas keadaan ini berakibat buruk kepada Bn/umno, kerana persepsi masih panas, bahawa Bn/umno dipenuhi oleh unsur2 rasuah dan salahguna kuasa.

AYT menyokong pendapat Tun, himpun dulu sokongan, laksanakan apa yang telah dirancang, semua janji2 telah ditunaikan, maka baru lah minta mandat semula.

No comments:

Post a Comment