Sunday, February 12, 2012

Semakin ramai kaum india sokong BN di Kedah: Mukhriz

Sokongan masyarakat India di Kedah kepada Barisan Nasional (BN) kini dilihat semakin meningkat berikutan langkah BN yang sentiasa membantu masyarakat itu walaupun BN tidak mentadbir kerajaan negeri.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata peningkatan sokongan terhadap BN jelas terbukti dengan kehadiran ramai masyarakat India pada majlis-majlis politik, keagamaan dan adat anjuran BN di negeri ini.

"Faktor yang mendorong mereka menyokong BN adalah walaupun tidak memerintah Kedah tetapi BN masih membantu kesukaran hidup dan mengatasi masalah masyarakat tersebut," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Pesta Ponggal MIC Bahagian Padang Serai, di Padang Awam Taman Selasih di Kulim semalam.

Mukhriz berkata selain itu, perasaan kecewa serta muak dengan janji-janji kosong pakatan pembangkang khususnya PAS yang memerintah Kedah, menyebabkan masyarakat India di negeri ini kini beralih menyokong BN.

"Golongan itu bukan sahaja kecewa malah berasa marah kerana apa yang dijanjikan selepas pilihan raya umum 2008 tidak pernah ditunaikan," katanya.

Katanya, masyarakat India juga tertawan dengan keikhlasan perjuangan BN berbanding pengalaman yang mereka alami ketika PAS menerajui Kedah selama ini.Bernama.

No comments:

Post a Comment