Pemimpin raja SPIN
Apabila pembohongan mencapai tahap mega, maka akan memakan diri sendiri. Inilah yang berlaku pada ceramah-ceramah yang diadakan oleh Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim, apabila sekumpulan anak2 muda Felda Hilir, Gombang Pahang naik angin.Nurul Izzah mengikut darah bapanya, suka memutar belit perkara yang benar menjadi salah dan salah menjadi benar.
Pemuda felda tidak boleh disalahkan, kerana bertindak menghalang perkara-perkara mungkir dan bohong di kawasan mereka. Perbuatan mereka itu bagaikan jihad mencegah kemungkaran.
Pembangkang kini sedang giat menabur fitnah semata-mata untuk mengelirukan rakyat. Mereka ingin membuat political damage untuk memancing undi.
Mereka bercakap mengenai rasuah, akan tetapi pemimpin mereka juga bergelomang dengan rasuah. Teoh Beng Hock mati akibat rasuah. Seorang Datuk di Selangor mati kerana membongar rasuah pasir di Selangor.
Mereka bercakap soal moral, tetapi pemimpin mereka bergelomang dengan dosa. Contoh terakhir apabila Pengarah komnunikasi di Pejabat Menteri Besar Selangor, Ustaz Badrul Amon Baharom ditangkap berdua-duaan dengan isteri orang di bilik hotel.
Pembangkang kini berada dalam keadaan bercelaru. Apabila sesama mereka bercakaran. Pemimpin dalam parti yang samapun bercakaran. Contoh terkini adalah mengenai protes diam pemimpin Pas dalam perlantikan exco Kedah.
Sokongan Anwar terhadap Israel bercanggah dengan pendirian Pas yang menentang negara yahudi itu.
Soal undang2 hudud yang disanggah DAP, oleh itu Pas melepaskan perjuangan itu, untuk sementara, dan bertindak tunggu dan lihat keputusan PRU-13. Kalau kerusi Pas lebih banyak daripada DAP, maka hudud dilaksanakan, kalau kurang, tunggu dan lihat lagi.. suatu keputusan yang tidak berpenghujung, yang rugi adalah rakyat, tertipu sepanjang masa.
Bayangkan Pas lebih 50 tahun berjuang meneggakan negara islam, namun kini melupakan asas perjuangan itu, demi DAP.
No comments:
Post a Comment