Thursday, February 09, 2012

Lima jam tunggu Elizabeth Wong-akhirnya wartawan hampa; Kosmo online

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong mengelak untuk bertembung dengan wartawan yang menunggunya di luar pintu bilik Mesyuarat Exco yang terletak di tingkat 20, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini semalam.

Malah Elizabeth yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar negeri itu dilihat tergesa-gesa meninggalkan bilik mesyuarat melalui pintu lain.

Ekoran itu, usaha wartawan menunggu selama lima jam untuk mendapat reaksi Elizabeth. 40, mengenai penahanan bekas teman lelakinya, Hilmi atau Azmin Helmi di Batam, Indonesia pada 3 Februari lalu kerana kesalahan menggunakan dokumen palsu berakhir dengan kehampaan.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam sidang akhbarnya berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum membincangkan secara rasmi mengenai penahanan lelaki yang dikaitkan dengan penyebaran gambar bogel Elizabeth tiga tahun lalu.

Menurut beliau, Mesyuarat Biro Politik PKR yang sepatutnya diadakan semalam juga terpaksa ditangguhkan kerana ketiadaan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada di luar negara dan hanya akan pulang hari ini.

“Mesyuarat Biro PKR dijangka diadakan pada minggu ini dan akan membincangkan mengenai cara untuk parti mengendalikan perkara ini (berkaitan isu penahanan Hilmi),” kata beliau.

No comments:

Post a Comment