Wednesday, February 29, 2012

Lim Guan Eng dakwa Umno/perkasa mahu membunuhnya

Lim Guan Eng membuat laporan polis untuk meminta perlindungan, atas sebab Umno atau perkasa-pimpinan Ibrahim Ali berkemunginan membunuhnya.

Kenyataan Guan Eng "... Sekiranya sesuatu terjadi ke atas diri saya, Umno dan PERKASA mesti bertanggungjawab sepenuhnya,".

Lim merujuk insiden Ahad lalu, apabila sekumpulan ahli-ahli Umno dan PERKASA didakwa menganggu perhimpunan anti-Lynas di di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang.

Perhimpunan itu diadakan sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau di Kuantan yang diadakan dengan kehadiran hampir 15,000 orang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang.

1 comment:

  1. Mudahlah kalau macam tu... pergi kacau cabar orang kemudian buat lapuran polis kata orang nak bunuh kita. Kemudian terjun bangunan tinggi dan geng geng pun buat kalut kata matinya dibunuh. Macam tu ka rancangan orang berjuang berebut kuasa ??? Maaf ini bukan cara Islam.

    ReplyDelete