Sunday, February 05, 2012

Hadi dah terima senarai calon2 Pas

Datuk Haji Hadi Awang, Presiden PAS mengesahkan menerima senarai calon2 Pas yang akan bertanding pada PRU13. Dalam senerai tersebut, nama beliau tersenarai untuk bertanding.

Baru2 ini hadi menguji kepimpinannya, apabila melontarkan idea untuk tidak bertanding, namun baik Pas mahupun anwar ibrahim menentang idea itu. Malahan, Harun Taib, ketua dewan ulama pas, membantah hadi tidak bertanding, kerana hadi dikatakan bakal perdana menteri ke-7 malaysia.

semalam, timbalan presiden pas-mat sabu, mendesak para penyokong pas, agar memastikan 60 kawasan parlimen yang bakal ditandingi parti itu perlu menang, agar menjadi dominan dalam pakatan rakyat. menurut mat sabu, kini pas menduduki tempat ke tiga selepas pkr dan dap.

apabila pas menjadi dominan, menurut mat sabu, maka mudah meminta jawatan2 kanan termasuk jawatan perdana menteri.

pilihanraya ke-13 masih belum pasti, ada yang meramal pru-13 akan diadakan pertengahan tahun ini, selepas sesi parlimen yang bermula pada mac ini.

bn masih belum bersedia sepenuhya memandangkan isu2 seperti nfc, masalah gaji kakitangan awam dan pembaharuan sistem spr.

masalah ini akan dijangka selesai setidak2 menjelang april ini, sedangkan parimen sekarang hanya akan tampat tempohnya pada april,2013.

sebelum ini ada desas desus bahawa parlimen akan dibubarkan selepas sambutan maulidul rasul, namun ekoran kenyataan mantan perdana meneteri tun dr mahathir yang menyarankan agar najib memperlambat pru-13. alasan yang diberikan tun mahathir, pergunakan masa yang ada untuk menarik seberapa banyak sokongan terutama daripada kaum cina.

pada pru-12, bn untuk kedua kalinya kehilangan kuasa 2/3 di dewan rakyat, apabila gabungan 13 parti itu hanya mendapat 140 daripada 222 jumlah kerusi dewan rakyat. selain itu, bn kehilangan empat negeri.

No comments:

Post a Comment