Friday, February 24, 2012

Dua wanita dipaksa jadi pelacur diselamat polis

Bapa Ayam digari. Pihak polis menemui beberapa bungkusan kondom yang dipercayai digunakan untuk tujuan maksiat.

Kota Kinabalu: Niat murni dua wanita Filipina yang datang ke Sabah semata-mata untuk mencari duit bagi menyara keluarga di kampung menjadi mimpi ngeri kepada mereka apabila pekerjaan yang dijanjikan tidak ditunaikan malah dipaksa untuk menjadi pelacur.

Lebih memeritkan, setibanya kedua-dua mangsa yang berumur 26 dan 29 tahun itu di sini minggu lepas, mereka dikurung dalam sebuah bilik bajet di atas KFC Damai, Luyang dekat sini dan yang nasib mereka bertambah malang apabila dibiarkan kelaparan tanpa makanan.

Kedua-dua wanita itu dikawal ketat oleh seorang ibu ayam warga Filipina dan seorang bapa ayam warga tempatan.

Bagaimanapun, penderitaan mereka berakhir pada Isnin apabila diselamatkan pihak polis Kota Kinabalu.

Bapa ayam dan ibu ayam tersebut berjaya ditangkap dan dibawah ke IPK Kepayan dekat sini dan disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang serta Anti Penyelundupan Migran 2007.

Sabah sering digunakan pihak penjenayah termasuk penyelundupan rokok kretek, minuman keras dan manusia, memandangkan kawasan pantainya yang cukup luas.

Sabah juga dikaitkan dengan pendatang tanpa izin (pati) yang kini terus dipolitikkan baik oleh pembangkang mahupun beberapa pemimpin BN.

Baru-baru ini penubuhan RCI PATI sedang hangat diperkatakan, malah pada lawatan Perdana Menteri ke Sabah pada 16-17 Februari lalu, para pemimpin yang menginginkan penubuhan RCI PATI tersebut mengharapkan pengumuman Perdana Menteri.

Namun, harapan tersebut tidak kesampaian, apabila Najib tidak menyentuhpun mengenai penubuhan RCI PATI selama dua hari berada di Sabah.

No comments:

Post a Comment