Monday, January 09, 2012

Pembebasan Anwar: Pendakwaraya belum buat keputusan untuk merayu

Pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusuf Zainal Abiden ketika ditemui berkata, mereka belum memutuskan sama ada akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah dan berkata, mereka ada 10 hari untuk berbuat demikian.

9.23am: Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebas dan dilepaskan.

Hakim Mohamad Zabidin yang tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

"Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.

NONE"Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful."

No comments:

Post a Comment