Saturday, January 07, 2012

Mahkamah Jalan Duta-Jadi Tumpuhan Isnin ini

MAHKAMAH Jalan Duta, Kuala Lumpur dan Hakim Mohd Zabidin Md Diah menjadi tumpuhan Isnin ini, 9 Januari,2012.

Pada hari itu, keputusan Sodomi II Anwar akan diputuskan. Ekoran daripada itu, PKR telah berkempen akan menghimpun 100,000 penyokongnya membanjiri perkarangan mahkamah pada hari itu.

Semua parti Pakatan Rakyat akan menghantar penyokong masing-masing, sebagai "show off" agar keputusan Hakim akan menyebelahi Anwar Ibrahim.

Selain para penyokong Anwar, media asing pro Anwar juga akan berkumpul di perkarangan mahkamah pada hari itu, untuk memberi siaran langsung kepada saluran masing-masing ke seluruh dunia.

Malaysia akan menguasai peta dunia pada masa dan ketika itu.

Anwar, 64 mula didakwa pada 7 Ogos,2008 kerana melakukan sodomi terhadap pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan,26.

Kejadian seks diluar tabii tersebut berlaku kali terakhir pada 26 Jun, 2008 di sebuah kondominum di Jalan Setiakasih, Bukit Damansaara antara pukul 3.01-4.30 petang di unit 1511.

Kesalahan seks luar tabii itu didakwa menurut seksyen 377B dan jika sabit kesalahan boleh dihukum sehingga 20 tahun dan sebat.

Para penganalisis politik mengikuti secara dekat keputusan tersebut, kerana ianya berhubungkait dengan masa depan Pakatan Rakyat, untuk menghadapi PRU-13.

Jika Anwar didapati bersalah dan dipenjarakan melebihi 12 bulan, maka menurut Artiel 48(5) Perlembegaan Persekutuan, Anwar tidak boleh bertanding sebarang pilihanraya selama 5 tahun, jikapun beliau menang dalam proses rayuan.

No comments:

Post a Comment