TIADA seorangpun yang menyangka bahawa Anwar dibebaskan dan dilepaskan daripada tuduhan sodomi.
Hari itu, pagi Isnin 9 Januari, 2012, kira-kira 9:23 pagi, Hakim Mohd Zabidin Md Diah masuk ruangan mahkamah, duduk lalu membaca keputusannya. Hakim itu membaca keputusannya tidak sampai dua minit; berbanding dengan lama perbicaraan mengampiri 2 tahun, mahkamah bersidang 87 hari.
Suasana dalam mahkamah tiba-tiba bertukar gembira, berbanding keadaan tegang sejak pagi.
Khabar Anwar dibebasan merebak kepada penyokong Anwar di mana sejak awal pagi berkumpul di letak kereta Mahkamah Jalan duta.
Para penyokong Anwar menyambut keputusan itu dengan berbagai aksi, malah ada yang berteriak-teriak seperti kesurupan.
Fitrah manusia, apabila bersedia dengan keputusan yang terburuk, namun, apabila keputusan sebaliknya, emosi pasti tidak terkawal.
Namun, diperkirakan apabila keputusan Hakim tidak berpihak kepada Anwar, sudah pasti kejadian buruk akan berlaku. Penyokong Anwar sudah bersedia melakukan huru hara, perkara ini, terbukti apabila bom buatan sendiri siap dengan jangka masa, meletup sejam selepas keputusan.
Bom jangka itu, mungkin penderanya dihidupkan sejam, kerana mereka memperkirakan bahawa Hakim akan memerlukan masa sejam untuk membaca keputusan. Namun, mereka terperangkap dengan masa yang diambil oleh Hakim membaca keputusannya.
Seperkara lagi, polis sungguh bernasib baik, kerana Azmin Ali Timbalan Presiden PKR gagal dalam misinya membawa 100,000 orang. Yang hadir pada pagi itu lebih kurang 5,000 termasuk penyokong Pas dan DAP.
Satu perkara mustahak dalam keputusan Hakim membebaskan Anwar, bahawa Hakim di negara ini adalah bebas, dan terbukti sodomi II bukan konspirasi.
Keputusan Hakim itu memerangkap pihak pembangkang, bahawa tomahan mereka selama ini terhadap kehakiman ternyata meleset. Selain itu, harapan mereka agar supaya Anwar dipenjarakan tidak tercapai. Mereka berharap, apabila Anwar masuk penjara, maka undi simpati akan berpihak pada pakatan rakyat, sepertimana isu mata lebam.
Kini, strategi mereka telah meleset, mereka terpaksa kembali kepada "drawing board" untuk melakar strategi baru.
Pada PRU-13, Anwar bebas berkempen, seperti mana di PRN Sarawak. Walaupun Anwar bebas berkempen, terbukti partinya ditolak oleh rakyat Sarawak. Demikian juga pada PRU-13, Parti Anwar tidak akan menyerlah seperti harapan mereka.
Pada PRU-12, PKR dan PAS mendapat kerusi lebih, kerana masalah kepimpinan masa itu. Rakyat masa itu sungguh marah dengan tindak tanduk Pak Lah yang sangat dikuasai oleh menantunya Khairy Jamaluddin.
Pada PRU-13 akan datang, AYT yakin BN akan mengulangi kejayaannnya mendapatkan kuasa 2/3 di dewan rakyat. Perkara ini didorong oleh rasa muak rakyat terhadap wakil rakyat pembangkang yang tidak menghormati undang-undang dan hanya suka membuat tomahan tanpa memberikan cadangan yang konstruktif.

No comments:
Post a Comment