Tuesday, December 13, 2011

Mahkamah Jalan Duta: Sodomi II: Pendakwaraya mempersoal keengganan Anwar disoalbalas

Peguamcara II Datuk Yusof Zainal Abiden mempersoal keenggan Anwar disoalbalas. Atas sebab itu, pihaknya memohon mahkamah menimbang keenggannya itu, seolah-olah Anwar takut dan menyembunyi sesuatu berhubung kejadian sodomi terhadap mangsa- Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Pihak pendakwaan juga mempersoal, kenapa pihak Anwar tidak menjelaskan, bagaimana DNA Lelaki Y boleh berada dalam dubur mangsa, ini yang tidak ditepis oleh barisan peguam Anwar semalam.

Peguamcara II juga menolak bahawa DS Najib melakukan konspirasi, kerana menurut peguam itu, Najib tidak mempunyai bidangkuasa mempengaruhi Anwar supaya melakukan sodomi terhadap mangsa.

Anwar sedang berhadapan dengan perbuatan sodomi terhadap Saiful yang dilakukan kali terakhir pada 26 Jun, 2008, di sebuah Kondominum di Jalan Setiakasih, Bukit Damnasara, antara pukul 3.01 hingga 4.30 petang hari yang sama.

Jika sabit kesalahan, Anwar boleh dihukum penjara 20 tahun dan sebatan.

No comments:

Post a Comment