Friday, December 16, 2011

ABU-kononnya tidak bermotif politik- tapi penceramah adalah orang politik

ABU, yang mengaku bahawa pertubuhan itu bukan berunsur politik, tetapi dipimpin oleh orang politik, malah dalam pertemuan pertama, yang hadir adalah orang-orang politik dan memberi ceramah pula.

ABU ibarat burung huta, menyembunikan kepalanya yang kecil itu, dan terlupa bahawa badan yang besar itu bebas ditengok orang.

ABU kononya menyiru gerakan di Jepun, semasa menumbangkan parti LDP Jepun, kerana di Jepun dua tahun lalu, rakyat Jepun terpengaruh mengundi dan mengundi asalkan bukan lambang LDP.

Tetapi yang peliknya apabila rakyat Jepun itu ditanya, kenapa mengundi selain LDP, tiada jawapan yang pasti, hanya alasan "asal bukan LDP".

Gerakan ABU (asal bukan Umno) digerakan oleh bekas AMK PKR. ABU ditubuhkan, kerana pihak Pakatan merasakan, bahawa jika berasaskan nama parti, maka mereka sukar menewaskan Umno. Untuk itu, mereka menipu para pengundi atas pagar, dengan slogan, pergilah mengundi, mengundi lambang apa sahaja, jangan lambang dacing.

Gerakan ini, mungkin berjaya di kawasan Lembang Kelang, dan sekitarnya, tapi bukan di kawasan luar bandar atau negeri-negeri sewaktu dengannya.

Walau bagaimanapun, Umno/Bn tidak harus leka, dengan gerakan ini. Atas sebab, kalau rakyatpun rakyat masih suka Umno/BN, tetapi mereka tidak suka pemimpin yang dibalik parti itu.

Kita perlu menerima hakekat, bahawa masih ramai pemimpin BN/Umno yang berlagak sombong, meluatkan, inilah yang mengakibatkan rakyat terpengaruh menolak Umno/BN.

Bagi para pemimpin ini, jikalaupun Umno/Bn kalah, harta mereka 7 turunan tidak akan pupus. Misalnya, Anwar Ibrahim dan para pemimpin Umno yang ikut dengan Anwar, walaupun lebih sedekad tidak dalam pemerintahan, namun tetap kaya-raya.

Atas sebab itu, bagi para pemimpin Umno/Bn yang mendapat peluang hidup mewah, ikutlah rasmi padi semakin berisi semakin menuduk.

No comments:

Post a Comment