Friday, December 16, 2011

9 Januari 2012- Penentuan bagi Anwar

9 Januari, 2012 adalah penentuan bagi Anwar Ibrahim, apakah didapati bersalah oleh Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah.

Jika Anwar didapati bersalah, apakah Hakim membenarkan penangguhan bagi Anwar menjalankan hukuman?

Anwar mempunyai dua peringkat peluang untuk menangguhkan hukumannya, pertama melalui Mahkamah rayuan dan kedua di mahkamah Persekutuan.

Senggang waktu antara proses itu, sudah tentunya memerlukan masa.

Walaupun Anwar dijatuhkan hukuman bersalah, namun tidak menindak haknya bertanding dalam PRU-13; kerana masih menunggu keputusan daripada mahkamah tertinggi negara.

Anwar akan bergembira, jika Pakatan Rakyat menang, kerana kesnya akan digugurkan. Anwar akan memaksa Ketua Hakim negara untuk menggugurkan kesnya, kerana masa itu, beliau adalah Perdana menteri.

Jika ini berlaku, maka dunia akan menghormati Malaysia, kerana kehakiman di bawah telunjuk pemimpin politik. Namun, pada masa sekarang, walaupun kehakiman bukan dibawah telunjuk pemimpin politik, dunia beranggapan demikian.

Rakyat Malaysia, tidak semuanya akan terpengaruh dengan dakyah Anwar untuk merealisasikan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Anwar akan menjadikan apa sahaja, asalkan janji-janji itu dapat memancing rakyat. Kalau sudah menang, sudah tentunya ceritanya lain.

Rakyat Terengganu sudah merasakannya pada tahun 1999-2004, atas sebab itu, pada PRU-2004, rakyat negeri itu kembali semula kepada BN.

Rakyat Kedah, pulau Pinang dan Selangor merasakannya pada tahun 2008- hingga kini, menurut perkembangan mutakhir, pada PRU-13, rakyat di negeri-negeri itu akan kembali semula kepada pangkuan BN. Tahniah.

Berasaskan kepada senario itu, nampaknya PRK bagi Parlimen Permatang Pauh, perlu diadakan, kerana penyandangnya kehilangan hak sebagai wakil rakyat.

No comments:

Post a Comment