JIKA PRU-13 diadakan sebelum Mei, 2013, maka Presiden PKR Datin Wan Azizah Wan Ismail kehilangan hak untuk bertanding sesuai dengan Pasal (6) Perkara 48 Perlembangaan Persekutuan.
Persoalan mengenai hak seseorang yang telah mengosongkan kerusinya sebelum tempoh 5 tahun atas sebab bukan faktor kematian, dipersoalkan oleh MP Bukit Gelugor, Karpal Singh pada sidang Dewan Rakyat yang berjalan sekarang.
Soalan Karpal yang berbunyi "Tuan Karpal Singh [ Bukit Gelugor ] minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada Kerajaan bersedia dengan sokongan pembangkang untuk memansuhkan Perkara 48 (6) Perlembagaan Persekutuan untuk memberi semangat dan inti pati kepada proses demokrasi. Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya."
Semasa menjawab soalan itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong menjelaskan, bahawa perkara 48 (6) Perlembagaan Persekutuan agar terus dikekalkan, jika tidak proses demokrasi di negara ini akan kacau bilau.
Alasan yang diberikan oleh Timbalan Menteri itu adalah, Pasal 6 Perkara 48 adalah untuk menghalang seseorang yang telah dipilih dan kemudian mengosongkan kerusinya dan seterusnya bertanding semula demi menguji kepopularannya, akan merugikan negara daripada segi kewangan dan masa.
Tujuan wakil rakyat yang dipilih melalui pilihanraya bukan untuk menguji kepopularan seseorang, namun wakil rakyat diplih itu dikehendaki menjalankan tugas mereka termasuk menyuarakan cita-cita rakyat untuk mempertingkatkan pencapaian ekonomi, taraf hidup, pendidikan, kestabilan negara, pertahanan dan sebagainya.
Intipati Pasal (6) Perkara 48 adalah "Secara ringkas, peruntukan ini diwujudkan untuk menghalang seseorang Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri yang telah meletakkan jawatan untuk bertanding semula sebagai Ahli Dewan Rakyat atau Ahli Dewan Undangan Negeri dalam tempoh 5 tahun bermula dari tarikh peletakan jawatan. Peruntukan tersebut juga diadakan bagi mengelakkan apa-apa pembaziran wang, masa dan tenaga yang akan timbul sekiranya Ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri diberi peluang untuk bertanding semula." demikian menurut VK Liew.
Nota: Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan Parlimen Permatang Pauh pada 30.7.2008, untuk membolehkan suaminya bertanding.

No comments:
Post a Comment