Monday, November 21, 2011

Muhiyiddin akui Umno ada masalah Dalaman

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju dengan pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno masih berhadapan dengan masalah dalaman tetapi memberi jaminan perkara itu sedang ditangani.

“Kita semua tahu bahawa selepas Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak mengambil alih (kepimpinan) daripada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi, masih ada masalah seperti pertengkaran dalaman,” kata Muhyiddin (gambar) kepada pemberita pada sidang media di Kluang, Johor.

“Bagaimanapun, untuk mengatakan bahawa parti tidak bertindak bagi mengatasi masalah adalah tidak benar. Tetapi, saya percaya itu tidak cukup. Lebih banyak perlu dilakukan,” katanya lagi sambil berkata bekas perdana menteri itu masih mengambil berat tentang parti dan mahu melihat ia kekal relevan dan menerajui kerajaan.

Malah Muhyiddin dan Najib sendiri telah berulang kali menasihatkan ahli-ahli Umno supaya mengelakkan masalah dalaman untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

No comments:

Post a Comment