Monday, November 21, 2011

Bubar DUN: Pemimpin Pakatan berpendirian berbeza-beza

WALAUPUN mengaku berkerjasama dalam Pakatan Rakyat, namun pendirian para pemimpin mereka berbeza-beza.

Dalam soal pembubaran DUN misalnya, antara pemimpin Pakatan Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor berbeza.

Jika Perdana Menteri akan membubarkan Parlimen, bagi negeri-negeri yang di perintah Pakatan, hanya Nik Aziz akan turut bubar, sementara Khalid Ibrahim, telahpun mengatakan tidak akan membubarkan DUN Selangor, kecuali PRU diadakan selepas September 2012, atau paling awal Jun, 2012.

Sementara itu, Pulau Pinang pula akan tergantung pada senario semasa, namun pembubaran DUN Pulau Pinang, tidak semestinya akan serentak dengan pembubaran DUN negeri-negeri yang dikuasai BN.

Melihat kepada keadaan ini, nampaknya jika rakyat akan memilih Pakatan pada PRU-13, sudah tentunya kesaragaman antara negeri-negeri seperti mana diamalkan pada pemerintahan BN tidak akan berlaku.

Rakyat akan terumbang ambing dalam soal dasar, Kerajaan yang dikuasai DAP akan mengamalkan peratutan lain, sementara yang dikuasai PKR juga berlainan, demikian juga negeri-negeri yang dikuasai PAS, akan melaksanakan peraturan-peraturan menurut hala Pas.

Sementara di Pusat pula, peraturan-peraturan yang dilaksanakan akan berbeza dengan peraturan-peraturan di peringkat negeri. Mungkin masa itu, sistem pendidikan, sistem pangagihan pembangunan akan berbeza-beza.

Yang jelas, kesepakatan sukar dilakukan, kerana antara DAP-PKR-PAS mempunyai "war lord" masing-masing. Yang rugi adalah rakyat, yah rakyat, terutama rakyat yang serba kekurangan.

No comments:

Post a Comment