Saturday, September 03, 2011

Serangan Bukit Kepong: Pemimpin Pakatan sokong Mat Sabu-kecuali Karpal Singh

Apabila Mat Sabu mempertikai catatan sejarah mengenai serangan Bukit Kepong, di mana menurut Timbalan Presiden Pas itu, bahawa mereka yang menyerang itu adalah hero sebenar tanah air, ramai dikalangan pemimpin Umno mempertikai kenyataan itu, dan menganggap Mat Sabu mengagungkan komunis.

Sebaliknya para pemimpin Pakatan termasuk Anwar kecuali Karpal Singh menyokong Mat Sabu, sambil mengatakan bahawa Umno menipu sejarah.

Sebenarnya serangan yang bertali arus terhadap Mat Sabu itu hanya helah untuk memesongkan kedaaan sebenar dalam negara agar supaya rakyat tidak fokus kepada isu sebenar yakni kenaikan harga barangan yang melanda negara.

Mohamad menjadi sasaran serangan media arus perdana apabila Utusan Malaysia pada halaman utamanya, 27 Ogos lalu mendakwa pemimpin kanan PAS tersebut berkata pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar.

Akhbar milik Umno itu juga mendakwa timbalan presiden PAS itu berkata Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah wira dan bukannya 25 anggota polis serta keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Rentetan laporan itu, media-media milik Umno dan BN terus membidas Mohamad dan menuntut orang nombor dua PAS itu meminta maaf secara terbuka serta mahu beliau didakwa mengikut Akta Hasutan.

Tidak terkecuali mengutuknya adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menganggap pemimpin kanan PAS itu buta sejarah serta mengkhianati perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut kemerdekaan tanah air.

Menurut Mohamad, beliau memang ada menyebut nama beberapa tokoh, termasuk yang berhaluan kiri seperti Lenin, Mahatma Gandhi, Abraham Lincoln, Jamal Naser, Sukarno, Kamal Attarturk, Ho Chi Minh dan lain-lain lagi.

Namun, katanya, nama pemimpin berkenaan dirujuk sebagai sebagai contoh perbandingan sejarah perjuangan rakyat dan kejayaan mereka. Tetapi sebaliknya, beliau dituduh mendewakan fahaman komunis.

Hakikatnya, kata Mohamad, pemimpin Umno hari ini gusar dan panik apabila rakyat jelata khususnya generasi muda mulai menyedari bahawa sejarah perjuangan kemerdekaan bukan hanya dimiliki dan dipelopori oleh Umno sahaja.

No comments:

Post a Comment