Sunday, September 04, 2011

Punca Mat Sabu putar belit sejarah

Kegahiraan Mat Sabu selepas sahaja dipilih orang dua parti Pas dan usaha parti itu menjadi parti arus perdana sehingga pemimpin Pas itu sanggup memutar belit sejarah kemerdekaan negara.

Kegahiraan Pas untuk menggantikan Umno cukup rakus, bahkan belum lama selepas parti itu menghapuskan perjuangan daulah islamnya yang diganti dengan konsep negara kebajikan, kini parti itu cuba mendapat sokongan kaum minoriti dengan mengagungkan peranan mereka dalam kemerdekaan negara.

Tidak dinafikan walaupun Parti Komunis Malaya disertai oleh sebahagian kecil bangsa melayu, namun majoritinya adalah daripada kaum cina.

Kenyataan Mat Sabu pada 21 ogos lalu dalam sebuah ceramah di Pulau Pinang, bahawa mereka yang menyerang Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 yang mengorbankan 25 anggota polis kebanyakkannya bangsa melayu adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar, kerana serangan itu adalah serangan kepada penjajah.

Tujuan tersirat Mat Sabu membuat kenyataan itu adalah dalam usaha menarik simpati kaum cina dalam pilihanraya akan datang. Namun, berapa ramai kah yang akan tertarik kepada kenyataan itu?

Mat Sabu sebenarnya telah lupa bahawa begitu ramai tentera dari berbagai kaum yang terkorban akibat tindakan parti komunis, malah sebahagian anggota keluarga yang terkorban itu masih hidup.

Timbalan Presdien Pas itu semasa mengeluarkan kenyataan itu telah tidak menggunakan pemikiran yang waras kerana kenyataannya itu sebenarnya akan mensabotaj usaha Pas menjadi parti arus perdana yang disokong oleh majoriti orang Islam/Melayu dan disenangi oleh orang bukan Melayu/bukan Islam.

Sekalipun Mat Sabu begitu– terdesak – untuk menafikan peranan pemimpin Umno dalam perjuangan kemerdekaan, namun adalah sangat tidak patut melabelkan anggota polis yang mati itu sebagai agen penjajah dan komunis yang membunuh mereka sebagai hero.

Mungkin dalam keghairahan beliau hendak menobatkan dirinya sebagai orang nombor dua Pas dan dalam usaha menyedapkan hati kaum-kaum minoriti, khasnya Cina, Timbalan Presiden Pas itu lupa kepada ratusan ribu ahli keluarga dan keturunan anggota tentera dan polis kita – tak kira bangsa dan agama – yang mati menentang pengganas komunis.

Nampaknya kecenderungan parti yang mendambik dada yang ditunjangi kaum melayu/islam ini cuba menyusukan kera di hutan berbanding kaumnya di serambi rumah sendiri.

Kepada kaum melayu/islam, pilihanraya umum ke-13 merupakan penentuan yang sangat kritikal, apa kah kaum yang majoriti dan pemilik tanah air masih merupakan tuan rumah yang masih disegani, atau terpaksa menumpang simpati!!! Fikir-fikirkan lah.

No comments:

Post a Comment