Friday, September 09, 2011

Caj 6% kad prabayar-15 juta pengguna protes

Bukan sahaja parti pembangkang, namun 15 juta pelanggan dalam negara protes terhadap cadangan syarikat-syarikat telekomunikasi negara ini menaikan caj 6% terhadap kad prabayar.

Yang peliknya, setiap tahun semua syarikat telekomunikasi mengumumkan keuntungan yang senantisa bertambah, sebelum adanya cadangan caj tambahan.

Apa kah syarikat-syarikat ini mempunyai niat tersembunyi untuk menjatuhkan kerajaan BN? Sebabnya, dikala rakyat berhadapan dengan dengan pelbagai kenaikan harga barangan, maka peluang tersebut diambil kesempatan oleh syarikat-syarikat gergasi ini, untuk menambah beban rakyat?

Perbuatan syarikat-syarikat tersebut, seperti menabur garam pada luka yang parah; akibatnya jika pentadbiran Najib akan menerimanya, sudah pasti 15 juta pengguna akan melakukan protes melalui peti undi.

Jangan lakukan sesuatu yang boleh menjahanaman diri sendiri.

No comments:

Post a Comment