Wednesday, September 14, 2011

Benarkah mantan IGP memalsukan bukti terhadap Anwar Ibrahim?

Seorang bekas Pegawai Polis Datuk Mat Zain Ibrahim, hingga kini tidak henti-henti mendakwa bahawa bekas IGP Tan Sri Musa Hassan telah memalsukan bukti-bukti terhadap Anwar Ibrahim, semasa mantan TPM itu didakwa salahguna kuasa dan liwat pada tahun 1999.

Bagaimana kah ini berlaku? Apa kah para peguam Anwar pada masa itu, tiada kemampuan langsung mengesan, bukti-bukti dipalsukan atau fakta?

Dakwaan Mat Zain itu adalah satu penghinaan terhadap barisan Peguam Anwar ketika itu, terutama Zainur Zakaria. Selain itu, bekas pegawai polis itu juga menghina mendiang S Agustine Paul, yang mendengar perbicaraan tersebut.

Ini lah kebebasan dalam negara ini. Setiap orang berhak bersuara. Hak Mat Zain, dia gunakan dan memilih sasaran yaitu mantan ketuanya Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Yang pelik, dari sekian ramai mantan atau pegawai polis di bahagian Siasatan Jenayah, kenapa hanya Mat Zain seorang yang mendakwa, bahawa bukti-bukti terhadap Anwar dipalsukan.

AYT melihat, perkara ini adalah sangat terpencil dan ada kemungkinan besar adalah masalah peribadi antara Mat Zain dan Musa Hassan. Akibat masalah peribadi tersebut, maka dendam mantan pegawai penyiasat Jenayah tersebut terhadap Musa Hassan, tidak kunjung padam.

Mat Zain telah menulis surat terbuka kepada IGP-Tan Sri Ismail Omar minggu lalu dan mendakawa Musa dan Abdul Gani melakukan penipuan berkenaan untuk manfaat bersama mereka.

Kedua-dua mereka kemudiannya telah dinaikkan pangkat. Musa menjadi Ketua Polis Negara manakala Abdul Gani pula menjadi Peguam Negara. Musa bersara baru-baru ini.

“Disokong dengan dokumen-dokumen dan keterangan yang ada dalam milik dan pengetahuan saya sendiri, saya berpendapat bahawa sabitan salah ke atas Anwar dalam pertuduhan salahguna kuasa ke atas beliau, telah diperolehi oleh pihak pendakwaan melalui jalan penipuan dan pemalsuan yang telah dilakukan dengan niat bersama oleh Gani Patail dan Musa Hassan untuk faedah bersama mereka.

“Tidak salah untuk menyatakan hukuman penjara yang Anwar telah lalui adalah penganiayaan terhadap beliau oleh mereka berdua,” katanya dalam surat itu.

No comments:

Post a Comment