Wednesday, August 17, 2011

Respon terhadap pembentukan JK Terpilih Parlimen: BERSIH2.0 tambah tuntutan

Tuntutan Asal BERSIH2.0

Respon BERSIH2.0 terhadap pembentukan JK Terpilih Parlimen

BERSIH 2.0 mengemukakan satu senarai menggariskan perubahan yang perlu dipertimbangkan oleh jawatankuasa terpilih parlimen.

Antara lainnya, BERSIH menuntut supaya laporan pertama yang dikemukakan jawatankuasa berkenaan mengandungi dengan perubahan segera yang perlu dijalankan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Jawatankuasa itu juga perlu menyiapkan laporannya dalam tempoh tiga bulan selepas pembentukannya.
  • Pendaftaran pengundi dan kemaskini data pengundi secara automatik
  • Prosedur baru untuk mengenalpasti dan memadam pendaftaran pengundi secara salah
  • Menghalang pemindahan pengundi yang bukan dijalankan secara sukarela
  • Menurunkan kelayakan mengundi daripada umur 21 tahun kepada 18 tahun
  • Pembaikan ke atas proses pengundi pos atau pengundi tidak hadir
  • Melaksanakan penggunaan dakwat kekal
  • Tempoh kempen minimum selama 21 hari
  • Garis panduan kepada media semasa tempoh pilihan raya
  • Penyiasatan dan penguatkuasaan untuk menyekat pembelian undi
  • Kehadiran pemerhati antarabangsa untuk pilihan raya akan datang

Selain itu, BERSIH turut menuntut supaya jawatankuasa terpilih berkenaan menyediakan laporan kedua berhubung pembaikan jangka panjang yang memperincikan aspek teknikal sistem pilihan raya.

  • Kajian ke atas persempadanan semula terakhir yang dijalankan
  • Pembaikan ke atas pembiayaan parti dan pilihan raya termasuk memperkenalkan pembiayaan awam
  • Menguatkuasa akta baru berhubung neutraliti pentadbiran dan kerajaan sementara
  • Mewujudkan semula pilihan raya bagi kerajaan tempatan
  • Tindakan baru bagi menghalang wakil rakyat lompat parti dan hak kepada wakil rakyat untuk bertanding semula selepas meletakkan jawatan
  • Kajian semula ke atas Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
  • Bidang tugas inkuiri suruhanjaya diraja berhubung penambahbaikan pilihan raya
BERSIH2.0 juga mahukan  laporan kedua itu diharapkan akan dapat disiapkan dalam tempoh satu tahun dan implementasikan pula dalam tempoh satu tahun.

No comments:

Post a Comment