Friday, July 08, 2011

Apa BUKTI Kerajaan TUMBANG kerana Demonstrasi Jalanan itu Baik?

Di Filipina. Marcos tumbang kerana demonstrasi jalanan. Ada kah selepas itu pemerintahan negara itu menjadi baik? malahan ekonomi merundum, pelarian ekonomi memuncak.

Di Indonesia. Pak Soeharto tumbang kerana demonstrasi jalanan. Ada kah selepas itu pemerintahan negara itu menjadi baik? Malahan ekonomi merundum, pelarian ekonomi memuncak.

Di Mesir. Hosni Mubrak tumbang kerana demonstrasi jalanan. Ada kah selepas itu pemerintahan negara menjadi baik? malahan hingga kini demonstarsi masih berlaku. Ekonomi merundum, pelancong merundum, keadaan ekonomi Mesir bertambak buruk.

Apa yang Bersih Mahu? Tuntutan 8 Perkara Bersih, diluar bidang kuasa SPR.

Sebenarnya Pilihanraya dalam negara ini sungguh baik. Ayat sejak tahun 85 telah mengundi. Belum pernah ternampakpun, seseorang pengundi mengundi 2 kali. AYT terlibat langsung dengan menyemak daftar pemilih, tidak pernahpun terjumpa dua nama dengan kad pengenalan yang sama dalam senerai pemilih.

Memang terdapat pemilih yang menggunakan alamat yang sama, sebabnya pemilih-pemilih itu tidak menukar alamat semasa berpindah alamat. Keadaan ini berlaku, pada mereka yang menyewa rumah tempat tinggal.Dalam perkara ini, salah kah SPR?

Kalau betul lah SPR boleh menipu dan Kerajaan boleh mempengaruhi badan itu, mahu kah Kerajaan kalah?

Bukti dalam pilihanraya negara, sesebuah negeri akan jatuh di tangan pembangkang. Tahun 1990-Kelantan dirampas Pembangkang, dan keadaan itu berlaku hingga kini. Tahun 1999, Terengganu berjaya dirampas Pas. Mahukan Tan Sri Wan Mohktar Ahmad kalah? Sedangkan masa itu, mantan MB Terengganu itu begitu yakin akan mempertahankan Kerajaan BN Terengganu.

Tahun 2008, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan dan Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan pembangkang. Jika Kerajaan mempunyai kuasa ke atas SPR, Mahu kah Tun Abdullah Badawi, kalah di negeri-negeri tersebut. Kita semua tahu, akibat kekalahan tersebut, Abdullah terpaksa melepaskan Jawatan Nombor satu negara.

Pendek kata, SPR tidak dikuasai oleh kerajaan. SPR hanya menjalankan tugas mengadakan pilihanraya. Parti mana yang menang, seluruhnya ditentukan oleh rakyat.

Sistem pemilihan negara kita adalah berasaskan kawasan. Rakyat yang mendiami satu kawasan adalah juga pengundi di kawasan tersebut. Terpulang kepada pengundi kawasan tersebut untuk memilih wakil rakyat mereka. Sebenarnya, isu-isu kawasan lain, tiada hubungan langsung dengan kawasan-kawasan lain. Bukti nyata, apabila kawasan bandar seperti Bukit Bintang, sejak berapa pilihanraya terus dimenangi DAP, namun tiada pengaruhpun bagi kawasan Kota Belud, demikian juga sebaliknya. Demikian juga Kawasan Kota Kinabalu, pengundi kawasan itu memilih DAP, sedangkan Penampang memilih BN, sedangkan kawasan Kota Kinabalu dan Penampang, hanya dipisahkan oleh imaginary line.

Tuntutan BERSIH kepada SPR, hanya bertujuan mengkambing hitamkan badan itu. Bersih mempunyai niat lain.

Niat Bersihhanya untuk menimbulkan huru hara dan seterusnya merampas kerajaan melalui demonstrasi jalanan. Bukti kukuh, apabila Ambiga dengan degilnya mahu meneruskan demostrasi di Stadium Merdeka, kerana Stadium itu berada di Tengah Bandar. Jika berlaku rusuhan, sukar bagi pihak keselamatan mengatasinya. Jikapun berjaya, pasti harta benda awam akan rosak binasa.

Pemimpin Pembangkang yang berada dibalik HIMPUNAN Bersih, mempunyai niat agar HIMPUNAN itu akan menjadi kacau bilau. Tujuan hanya satu, apabila tidak AMAN, maka kuasa luar akan campur tangan. Mereka melihat di LIBYA, MESIR, kuasa luar masuk campur, untuk menghancurkan negara.

Anwar dalam hal ini, tiada pilihan, laporan pemantau rating;Rating Ketua Pembangkang itu telah menurun dengan drastik. Anwar mengharapkan, jika BERIH berjaya, maka akan menaikkan semula ratingnya di kalangan rakyat.

Laporan media antara bangsa, secara terus menerus menulis secara negatif mengenai tindakan pencegahan pihak keselamatan terhadap himpunan Bersih. Walaupun, beberapa senjata berbahaya termasuk bom molotov berjaya dirampas, namun siaran mengenainya tidak disentuh.

Media asing hanya memfokus kepada pengakapan aktivis-aktivis, tanpa menjelaskan sebab musabab aktivis tersebut ditangkap.

No comments:

Post a Comment