Tuesday, July 12, 2011

Anwar luahkan dendamnya pada PM di Seberangjaya Pulau Pinang

Anwar memulakan UCAPANnya bahawa beliau terpaksa menggunakan Ikat Leher, kerana doktor yang mengarahkan. Beliau mengaku, fashion lamanya bukan dibuat-buat, kerana doktor mendapati beliau cedera di bahagian leher dan belakang semasa mengikuti tujuk perasaan 9 Julai.
Situasi Anwar yang disempat dirakam jurufoto, semasa tujuk perasaan 9 julai. Anwar hanya memegang kepalanya yang tidak terkena apa-apapun.
Keadaan Anwar sebelum tiba di Majlis di seberang Jaya semalam. Sungguh ceriah, tidak menggambarkan seseorang yang cedera parah.
Kelihatan RAUT WAJAH Anwar yang muram dan tegang di Majlis tersebut.

Tidak kurang 5,000 orang hadir memberi sambut hangat kepada dua pelakon HEBAT BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu, iaitu Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di tapak Ekspo Seberang Jaya malam semalam.

Anwar tiba dengan memakai pengikat leher dan terpaksa dibantu ketika menuju ke pentas utama sambil diberi tepukan gemuruh manakala pemimpin PAS yang popular dengan panggilan Mat Sabu itu pula terpaksa menggunakan kerusi roda dan dibantu oleh petugas untuk naik ke pentas.

Jurugambar sibuk merakamkan gambar mereka manakala wartawan dan orang ramai yang hadir semua menanti kedua-dua mereka menceritakan pengalaman pada 9 Julai lalu.

Namun, pihak penganjur secara lembut meminta jurugambar dan orang ramai supaya bertenang agar kedua-dua pemimpin itu tidak tercedera lagi.

Hadirin yang majoritinya orang Melayu diberitahu bagaimana perdana menteri selepas mendalangi apa yang terjadi pada Sabtu lalu tergamak mendakwa beliau menipu tentang kecederaannya.

No comments:

Post a Comment