Sunday, February 13, 2011

UMNO-PAS sepentas pertahan HAK Melayu

"Cabaran Kepimpinan Melayu di Masa Hadapan" pada Simposium "Dilema Melayu: Perseptif dan Konklusif" anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) di PWTC pada Sabtu menjadi pentas antara pemimpin Umno dan Pas meramu kaedah untuk mempertahankan hak Melayu.

Ahli Panel-Tan Sri Isa Samad misalnya berkata "Walaupun PAS dan Umno mempunyai ideologi yang berbeza tetapi kedua-dua parti itu hendaklah bersama-sama mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan negara." Sementara itu Setiausha Agung Pas Mustapha Ali pula berkata "bahawa pakatan pembangkang juga akan tetap menyokong dan mempertahankan sesuatu kepentingan yang termaktub dalam Perlembagaan bersama Umno selagi ia tidak bercanggah."Sesuatu yang bersifat adil, kami akan pertahankan biarpun mereka Umno,"

Tan Sri Isa Samad menambah "sekiranya Umno dan PAS saling mempertahankan kepentingan hak orang Melayu tanpa mengetepikan hak kaum lain, tidak akan timbul masalah yang menggugat perpaduan kaum".

Perbincangan tersebut diadakan secara tertutup dengan para wartawan tidak dibenarkan membuat liputan.

Simposium yang dihadiri kira-kira 2,000 peserta bertujuan menggembleng idea dalam mengupas langkah-langkah serta penyelesaian secara kolektif bagi memastikan agenda Melayu dalam Dilema Melayu dapat diperhalusi dan membuahkan hasil yang signifikan.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment