Monday, February 14, 2011

Sodomi II Anwar: Malott talian hayat terakhir Anwar

WALAUPUN bekas Duta Amerika itu telah 13 tahun meninggalkan negara ini sebagai Duta namun komen-komennya mengenai negara ini terutama pentadbiran Najib-menggambarkan betapa dendamnya kepada negara ini.

Mallot menjadi Duta Besar Amerika di Malaysia semasa Anwar Ibrahim masih sebagai Timbalan Perdana Menteri (1995-1998).

Di New York beberapa hari lalu semasa Anwar hadir sebagai pembicara dalam satu forum mengenai Mesir-Mallot juga turut hadir.

Malott memang banyak menulis atau mengeluarkan kenyataan tentang Malaysia. Beliau pernah memberitahu portal berita Malaysiakini kononnya serangan pemimpin negara ke atas Anwar mungkin boleh memakan diri. Malott juga pernah mendesak Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim memohon maaf kepada Anwar ekoran dakwaan Anwar adalah ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Dalam artikelnya yang disiarkan Julai tahun lalu sebelum perbicaraan kes liwat kedua Ketua Pembangkang, beliau mengkritik pentadbiran Presiden Barack Obama yang diam berkenaan isu tersebut. Dia juga pernah melabel Perkasa sebagai sebuah kumpulan militan.

Ketika Naib Presiden AS, Al Gore mengeluarkan kenyataan menyokong gerakan reformasi ketika berucap dalam satu majlis makan malam di Kuala Lumpur pada 1998, Malott yang merupakan duta AS ketika itu menyifatkan kenyataan tersebut disalah tafsir.

Bekas diplomat itu menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas dan bersungguh-sungguh menafikannya. Malott sering membela Anwar di saat-saat kritikal iaitu setiap kali ada isu yang mendedahkan kepincangan Ketua Pembangkang itu atau sebelum perbicaraan di mahkamah bermula.

Berdasarkan latar belakang dan kenyataan Malott sebelum ini tidak mustahil kenyataan-kenyataan berkenaan dikeluarkan dengan motif tertentu.

Apa lagi perbicaraan kes liwat Anwar di Mahkamah Tinggi akan bersambung  hari ini 14 Februari hingga 25 Mac depan. Sebelum ini pernah Anwar menggunakan pelbagai helah untuk melambatkan perbicaraan kes tersebut.

Kedutaan AS di Kuala Lumpur dalam reaksinya berhubung kenyataan terkini Malott menganggap perkara tersebut adalah pandangan peribadi. Ini kerana bekas diplomat itu tidak lagi berkhidmat dalam kerajaan.

Berdasarkan tulisannya sebelum ini, Malott begitu mengagumi Anwar selain menyifatkan Ketua Pembangkang itu sebagai berkarisma.

Semua ini adalah helah pengkhianat negara yang terdesak untuk menggunakan pihak luar demi kepentingan diri dan merosakkan imej negara.

Tindakan ini juga mampu mengalihkan perhatian di saat sokongan anggota parti politik sendiri di dalam negara semakin goyah dan rapuh.

No comments:

Post a Comment