Wednesday, January 12, 2011

Wajah-wajah penderhaka

Wajah-wajah penderhaka. 5 Februari 2009- Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan Perak-ekoran hilangnya jawatan Menteri Besarnya.

24 Januari 2011-Khalid Ibrahim menjadi penderhaka kepada Sultan Selangor-kerana mengadakan Sidang Dewan Undangan Khas negeri bagi melaksanakan pindaan perlembagaan negeri-ekoran gagalnya Khalid menolak perlantikan SUK Selangor yang baru.

Khalid tahu bahawa dengan 35 ADUN daripada 56 ADUN Selangor-Pakatan tidak mempunyai majoriti 2/3- namun kedegilannya tetap juga mengadakan sidang khas itu.

Awal-awal lagi Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) tidak meletakkan harapan akan memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan dalam usahannya meminda perlembagaan negeri, tetapi berpendirian tetap mahu meneruskan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) yang kononnya bagi “mendedahkan sikap” Umno yang sebenarnya.

AYT ingin bertanya-sikap Umno apa yang ingin didedah? Rakyat yang faham dan tahu bahawa sejak sekian lama, bahawa perlantikan SUK Selangor dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Persekutuan-bukannya oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri.

Tindakan Khalid Ibrahim dan rakan-rakan Pakatannya melalui persidangan khas tersebut menunjukkan bahawa Pakatan ingin membina satu gagasan- bahawa jika mereka menguasai negara ini- bahawa semua kuasa akan dipindahkan ke tangan rakyat tanpa memperdulikan kuasa-kuasa yang ada di tangan ke Sultanan Melayu.

Perlantikan SUK Selangor yang baru di mana telah mendapat perkenaan Sultan Selangor telah menjadi polimek dan krisis perlembagaan kerana masalah perbedaan fahaman politik antara pentadbir kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Apapun pindahaan Perlembagaan Negeri Selangor itu jikapun berjaya-akan tetapi jika didapati bercanggah dengan perlembagaan Persekutuan-maka ianya secara automatik akan terbatal.

AYT merasakan usaha Khalid Ibrahim dan kawan-kawannya adalah usaha sia-sia dan penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat demi kepentingan politik dan kuasa.

Tuduhan Khalid dan kawan-kawan kononnya jika pindahan perlembagaan itu tidak berjaya-kerana UMNO akan merampas kuasa?

Dakwaan seumpama ini adalah dakwaan karut-kerana bagaimana Umno merampas kuasa-sedangkan Umno/BN tidak mempunyai kuasa majjoriti dalam DUN Selangor. Lain hal lah kalau ADUN Pakatan keluar daripada parti masing-masing dan masuk BN.BN memerlukan sokongan 9 ADUN Pakatan untuk membentuk kerajaan Negeri!

Jika berasaskan trend ke tidak puasaan beberapa wakil rakyat Pakatan terhadap kerajaan Khalid Ibrahim-dakwaan Khalid Samad-bahawa BN akan "merampas kuasa" ada kebenarnya. Para wakil rakyat Pakatan sendiri curiga antara satu sama lain- atas sebab itu istilah Umno "merampas kuasa" timbul.

Sebenarnya isu perlantikan SUK Selangor-para wakil rakyat Pakatan telah TAHU bahawa terma “suruhanjaya perkhidmatan sewajarnya” yang digariskan di bawah Seksyen 52(1) Undang-undang Tubuh Negeri merujuk kepada SPA, bukannya Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri.

No comments:

Post a Comment