Wednesday, January 19, 2011

Undi PAS bukan lagi passport ke syurga

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata mengundi PAS bukan lagi pasport ke syurga. Dulkefly berkata PAS kini bukan lagi parti islam sepertimana penubuhan asal parti itu.

Cita-cita PAS menubuhkan negara Islam tidak timbul lagi, kerana cita-cita itu hanya IDAMAN katanya ketika Forum Janji 100 Hari Pakatan Rakyat di sini malam tadi.

"Biarkan kami mengidam sampai kiamat" demikian kata AJK Pas pusat itu.

Hasrat PAS untuk mewujudkan sebuah negara Islam tetap menjadi impian parti itu buat selama-lamanya walaupun tidak termaktub dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Dengan pengakuan Pas itu.. jelaslah dakyah Pas selama ini bahawa mengundi PAS dan menyokong PAS adalah pasport ke syurga adalah tipu muslihat dan penyelewengan yang boleh merosak akidah umat islam.

Atas sebab itu, berfikirlah, bermuhasabahlah sebelum menyokong PAS.

No comments:

Post a Comment