Wednesday, January 19, 2011

Projek untuk Shamsudin Haryoni: Khir Toyo masih membisu

Pendedahan kerajaan Selangor mengenai projek yang diberikan kepada syarikat Shamsudin Haryoni yang berjumlah lebih 200 juta semasa pemerintahan Khir Toyo, belum mendapat reaksi daripada Mantan Menteri Besar Selangor itu.

Khir Toyo ini sebelum ini dihadapkan ke mahkmah bersama Shamsudin berhubung pembellian hartanah sebuah bungalow di Shah Alam oleh mantan MB itu dengan diskaun 50 peratus.

Selepas sahaja Khir Toyo dihadapkan di mahkamah, Khir Toyo memberi komen, bahawa pemeblian hartanah tersebut adalah urusniaga biasa, yakni melalui kaedah willing sale willing buy.

Siapa yang tidak curiga harga hartanah yang dibeli dengan harga 6.5 juta oleh Shamsudin, kemudian dijual dengan harga separuh daripada harga belian asal.

Kini terdedah sudah, rupanya Shamsudin menjual hartanah itu kerana agenda tersendiri di belakang layar.

Berikut adalah pendedahan Kerajaan Selangor yang dikaitkan dengan Khir Toyo.

Beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah ke atas bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo didakwa telah menerima projek berjumlah lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN di Selangor.

Pendedahan mengejutkan itu juga melibatkan lima kontrak yang didakwa telah diberikan secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat milik Shamsudin Hayroni.

Pendedahan itu dibuat hari ini oleh setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Husin melalui satu kenyataan.

Menurut Faekah lagi, projek berkenaan termasuk lima projek yang diberikan secara rundingan terus kepada syarikat Majulia Sdn Bhd.

Ia antara lainnya melibatkan satu pembinaan fasa pertama bagi kuarters kakitangan kerajaan dengan nilai lebih RM22.8 juta, serta pembinaan fasa keduanya dengan nilai RM61 juta.

Projek yang didedahkan itu turut melibatkan pembinaan bangunan sebuah perpustakaan, bernilai lebih RM71 juta, manakala satu projek lagi melibatkan pembinaan sebatang jalan di Sepang yang bernilai lebih RM73.7 juta.

Faekah juga berkata, satu lagi projek melibatkan sebuah stadium terbuka, pencawang elektrik, dua kebuk dan unit loji kumbahan di atas satu tapak kompleks sukan di Dengkil, bernilai hampir RM15 juta.

Faekah berkata, pendedahan itu adalah ekoran tindakan majlis mesyuarat kerajaan negeri pada 16 Disember lalu yang memutuskan untuk mendedahkan butiran mengenai projek berkenaan.

"Kerajaan negeri berpendapat maklumat yang diberikan ini dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan," kenyataan itu dipetik.

No comments:

Post a Comment