Monday, January 24, 2011

Kepada wanita Umno Labis-jangan terperdaya dakyah Pembangkang

Kepada Wanita Umno Labis-jangan terpedaya dakyah pembangkang. Jangan cepat melatah. Kempen lah seberapa yang boleh. Jangkaulah seberapa banyak pengundi. Risalah-kononnya Wanita Umno Labis tidak menyokong Calon BN Azhar Ibrahim-bertujuan untuk menaikkan emosi dan melemahkan semangat. Biasalah PRK seumpama ini-perang mental perkara biasa.Yang penting, tunjukkan bahawa Wanita Umno berganding bahu dengan semua jentera BN.

Laporan polis? Apa yang pihak polis boleh lakukan dalam masa seminggu? Jika pihak polis bertindak dalam masa berkempen ini-sudah tentu satu isu akan timbul lagi- Polis berpihak.

Jangan kerohkan suasana-berkempen saja. Beritahu pengundi Tenang-bahawa jentera BN itu teguh dan padu.

Kepada Haslinada jangan cepat emosi- buat lah penafian melalui kempen, ceramah atau sebagainya. Baru lah dikatakan mampu melawan tipu muslihat Pembangkang.

Pas memang mahu menang kerusi DUN Tenang, atas sebab itu semua cara dihalalkan. BN perlu bersedia dengan semua muslihat Pas itu. Walau apapun-selamat berjuang kepada kempener BN di lapangan. Semoga maju jaya.

No comments:

Post a Comment