Thursday, January 06, 2011

DAP dan PKR kepanasan ekoran pertemuan Najib-Nik Aziz

Pertemuan Datuk Seri Najib Razak dan MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz pada 24 Desimber tahun lalu sangat menggusarkan para pemimpin DAP dan PKR.

Malah pemimpin akar umbi PAS membuat spekulasi bahawa perbincangan itu mungkin ada hubungkait dengan Unity Government -UG yang dicetuskan oleh Presiden PAS dan Timbalannya selepas sahaja PRU-12 2008 lalu.

Cetusan idea UG sangat ditentang hebat oleh Mursyidul Am PAS-Nik Aziz pada masa itu. Malah, pada suatu ketika-Nik Aziz sangat marah tehadap Ustaz Nasa.

Berhubung dengan UG itu juga semasa PRK Manek Urai- poster Haji Hadi-tidak dibenarkan di pasang sepanjang PRK itu. Untuk rekod PRK Manek Urai dimenangi oleh calon Pas dengan majoriti hanya 65 undi.

Ekoran perjumpaan Najib-Nik Aziz- Penasihat DAP Lim Kit Siang enggan memberi komen, kerana masih menunggu penjelasan daripada PAS. Para pemimpin PKR-misalnya MP Kapar-Manicavasagam mempersoalkan perjumpaan tersebut.

Perjumpaan Najib-Nik Aziz sangat tepat masa ini untuk perpaduan ummah,bangsa dan agama-apatah lagi semakin rancaknya isu-isu perkauman. Bagi AYT-hanya pemimpin daripada kaum majoriti negara ini yang boleh menenangkan keadaan. Jika kaum majoriti bersatu-AYT yakin, selama itu lah negara ini akan AMAN DAMAI.

Namun-kerana sifat setengah pemimpin DAP dan PKR yang mahu mendapatkan kuasa di negara ini melalui perpecahan KAUM MELAYU- maka pertemuan Najib-Nik Aziz sangat meruncingkan mereka.

No comments:

Post a Comment