Tuesday, January 18, 2011

Chin swee Len dicampak keluar-Siapa Campak?

Koroner polis Amsterdam mengsahkan bahawa kematian Chin Swee Len disebabkan akibat tarumtik kerana jatuh daripada tempat tinggi.

Swee len dipercayai dicampak daripada tingkap di tingkat 4 Hotel Radisson Amsterdam di mana dia menginap.

Swen Len tiba ke Amsterdam dengan penerbangan MH17 pada 11 Januari lalu dan akan berlepas pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan yang sama 14 Januari-masa dimana mayatnya dijumai oleh pelanggan hotel di tempat letak kereta hotel berkenaan.

Kehilangan Swee Len disadari oleh krew Mas pada hari kejadian kerana gagal muncul dalam sesi taklmiat sebelum bertolak pulang.

Laporan mengenai kematian Swee len masih simpang siur kerana menurut polis Amsterdam kematian mendiang kononya tiada unsur jenayah.

Swee Len menyertai MAS pada tahun 1997 dan telah beruamahtangga dengan anak seorang.

Mayat mendiang akan tiba ke tanah air esok (rabu).

No comments:

Post a Comment